Video ini menerangkan secara jelas konsep asas yang dipraktikkan untuk Dusun Bandar @ Banyan Close ini.
[pullquote align=left] Budaya Dusun sekitar Rumah adalah JAUH BERBEZA dari Dusun Komersil …
[/pullquote]

3 Konsep asasnya:

  • Saiz Pokok harus dikawal supaya tidak terlalu besar.
  • Pokok-pokok harus memberikan buah sepanjang tahun atau bergantian
  • Tanam Pokok yang kita suka makan.

 

Pengawalan Saiz Pokok

Saiz pokok boleh dikawal dengan efficient dengan kaedah Pruning/Pangkas.  Boleh juga mengawal dengan jenis ‘rootstock’ kerdil atau menggunakan pasu, tetapi untuk konsep Dusun @ Banyan Close ini kepada proses Pruning yg akan dilakukan.  Cara2 nak pruning akan di bincangkan dalam post yang lain.  Saiz pokok perlu dikawal kerana :

  • Mudah untuk maintenance pokok.
  • Safety, pokok tak tinggi dan boleh membahayakan rumah.
  • Daun tak terlalu banyak dan mudah nak sapu.
  • Buah tak terlalu banyak, so tak ada pembaziran.  Kalau ada lebih2 tu boleh bagi kat jiran or sedekah kat tupai.

Ramai nanti yg skeptik kata rumah Jadi Hutan or pokok tak berbuah sebab ketot.  Tapi itu semua akan di buktikan melalui progress Dusun @ Banyan Close ini.  Mungkin berjaya dan mungkin juga gagal.  Kita lihat je nanti.  Dalam kes Dusun @ Banyan Close ini, saya menggunakan ROOT BARRIER dari produck Nylex 500.  Konsep seolah oleh ‘Pasu Open Bottom’ yang tenggelam dalam tanah.  juga bertindak sebagai pengawal akar supaya tidak merosakkan Pavement, Rumput dan seterusnya structure rumah.  But again, cara terbaik untuk mengawal saiz pokok ialah dengan Pruning yang betul.

Root Barrier Rootex 500 by Nylex
Root Barrier Rootex 500 by Nylex

Product ni beli direct dari Kilang dia kat Shah Alam.  Fungsi utama untuk mengawal akar supaya tidak bergerak horizontal terlalu dekat dengan surface tanah yang memungkinkan akan merosakkan Pavement, parit dan juga structure rumah.  Ini pun experiment je sebab size yang saya buat consideer kecik hanya 18″ diameter je.  Kalau berjaya Alhamdulillah, kalau gagal, orang lain boleh perbetulkan.

Installation of Root Barrier
Installation of Root Barrier

Ini adalah size dan kondisi bila dah masuk dalam lubang.  Dengan Lubang di gali oleh sahabat Bangladesh saya.  Try gali sendiri, tapi tidak berjaya kerana upaya kederat stamina tidak sehebat sahabat Bangladesh.  Bayangkan lebih kurang 69 lubang sedalam 0.8m x 18″ nak kena gali.  Tanah yang dibuang saja dah 3 lori tong sampah.  So kita lihat la nanti keberkesanan Root Barrier ni.

Pokok-pokok harus memberikan buah sepanjang tahun atau bergantian

Tujuan utama adalah memastikan kita ada bekalan buah buahan sepanjang tahun.  So kita tanam pokok, ada yang berbuah januari, ada februari, march dan seterusnya.  Kalau nak senang tanam pokok yang berbuah sepanjang tahun, Contoh macam Ciku (Iyea ke?) dan sebagainya.  Saya ada membuat schedule dalam MS Excel tentang pokok pokok yg saya tanam untuk merekodkan bila ia berbunga dan berbuah.  So senang nak planning dan panduan semua. Kalau secara Komersil : Buah harus banyak dan dipetik sekali gus supaya lebih ekonomik processnya.  Tetapi untuk dusun Bandar di rumah, adalah sebaliknya.
[pullquote] Dusun Bandar @ Banyan Close : Buah sepanjang tahun dan cukup2 untuk Seisi rumah makan.
[/pullquote]

Tanam Pokok yang kita suka makan.

Yes, tanam pokok yang kita suka makan.  Suka makan Limau, tanam le pokok limau.  Buah tak cantik pun tak pa janji buah yang kita suka makan.  Kalau di kedai, merea tanam pokok yang ORANG RAMAI suka makan, tahan penyakit, senang handling dan transport.  Kita tanam pokok apa saja, tak payah risau pasal bintik-bintik kat buah, or pasal rosak masa transport, sebab semuanya ada di belakang rumah je.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

1 comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.