Dapat Idea kelambu pokok untuk mengawal perosak ini semasa sedang berborak pasal masalah Denggi dengan ayah.  Dari situ, terus je ke Kedai Hardware tanya kalau2 ada jual netting.  Rata2 jual net hitam yang orang selalu pakai untuk mengawal cahaya.  Netting plastik keras ada dan tak sesuai.  Last2, beli Kelambu di kedai Mr. DIY area Tesco Bandar Seri Putra.  Harga RM 11++ Rupa bentuknya seperti berikut:

Kelambu orang jadi Kelambu Pokok
Kelambu orang jadi Kelambu Pokok

Kelambu di di gunting2 mengikut saiz dan dapat digunakan untuk menyelubungi 6 pokok setiap satu kelambu.  Ia bertindak sebagai Barrier Fizikal kepada perosak.  kalau anda ingin membeli kelambu mcm ni pastikan:

  • Diperbuat dari bahan kalis air dan tahan panas.  Yg saya beli ni nampak macam plastik dan kalis air.  Tak tahu la berapa lama boleh tahan di luar sana.
  • Lubang2 dia harus kecil supaya binatang tak boleh masuk.
  • Warna putih atau hijau.  Supaya tidak terlalu menonjol.  Ni biru sebab ini je yg ada.  so far looks ok.  Bukan apa, salah Konsep Dusun Bandar adalah mengekalkan atau menambah kecantikan halaman rumah.
Kawalan Perosak Tanaman
Kasihan, Teruk diserang pemakan Daun. Sembur Neem + Extrak Bawang Putih, letak perangkap gam, semua tak berjaya.
Kawalan Perosak di Dusun Bandar
Kelambu Pokok selepas installation. atas ikat, bawah letak batu.

Nanti akan saya update lagi apa akan terjadi dalam masa terdekat.  Samada berjaya atau tidak.  antara potential masalah (TEORI JE!!) yang mungkin adalah;

  • Serangga Baik Seperti Agent Pendebungaan tak boleh access ke buah or bunga pokok.
  • Kelambu reput dalam jangka masa terdekat.
  • Bentuk pokok jadi krekot sebab kena restrain pertumbuhan pucuknya.
  • Serangga perosak kecil masih boleh masuk.
  • Kulat pada pokok kerana tiupan angin sedikit terhalang.  Maka daun basah dalam masa yang lama yang boleh menarik kulat.
  • Kelambu di tiup angin.
  • Menarik perhatian perosak lain… kanak2, kucing dsb.

 

Apa pandangan anda?  or maybe anda punya cara lain yang lebih berkesan.  apa yang saya identify, serangga yang memakan daun ni bergiat aktif pada waktu malam dan bentuk dia lebih besar dari langau.  Minyak Neem + Ekstrak Bawang putih masih tak dapat mengusir spesis yang satu ni.  Tapi saya pasti Minyak Neem + Ekstrak bawang putih sudah berjaya menghalang serangga lain.  satu ni je yang problem…

 

Kelambu Pokok Sebagai Kawalan Perosak
Kelambu Pokok Sebagai Kawalan Perosak

 

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

1 comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.