Ini adalah sebahagian jawapan kepada soalan Kenapa itu;

Pokok Limau Kasturi Dibeli dari Maha 2014.
Pokok Limau Kasturi Dibeli dari Maha 2014.
  1. Sebagai Shades, so bahang dari pagar konkrit tu tak ada lah direct ke rumah.
  2. Jimat tak payah beli buah.
    • REALITI : Kadang2 salah, sebab kos menanam and maintenance lebih mahal dari beli buah kat pasar.
    • REALITI : Kadang2 salah, sebab buah ada risiko tak menjadi, berulat tak sempat di makan, lupa nak petik, malas nak makan, tak kena selera pada hari tersebut.
  3. Sebagai tanam hiasan juga, buah jambu strabwery contohnya, cantik berwarna merah macam bunga.
    • REALITI : Kadang2 salah, contoh tanam belimbing buluh, daun gugur sangat banyak dan menambahkan kerja pembersihan.
  4. Mengurangkan kesan rumah hijau.
    • Tahukah anda Penyumbang terbesar O2 di dunia? >> The Ecology Global Network claims that all marine plants (including phytoplankton) together produce 70 to 80 percent of the oxygen in the atmosphere.
  5. Sebagai medium exercise, berkebun ni mengeluarkan peluh.
    • REALITI : Kadang2 salah, sebab bila malas datang, hire bangla, pakistan or indon pi settle taman.
  6. Rasa selamat sebab tau tahap racun yang di gunakan. Buah kat market, mulus bersih macam plastik. Lalat buah pun takut nak makan. Manusia je berani makan.
  7. Supply buah/pucuk Ulam YANG KITA SUKA sepanjang tahun dari pelbagai jenis pokok.
  8. Sebagai aktiviti berpaedah, lebih baik dari main game depan komputer (dussh, kena kepala sendiri)
  9. Boleh ajar anak2 tentang pokok. Anak2 la ni, pokok kelapa sawit n kelapa pun tak boleh beza.
  10. Mewujudkan nostalgia aktiviti bersama keluarga.
  11. Berbakti pada tanah, dapat pahala bagi tupai makan.
  12. Sebagai ‘conversation starter’ kalau tamu datang rumah. Tanam le pokok yang unik sikit. Cth, Anggur Brazil, and pastikan anda tau semua jenis pokok yg anda tanam. Khasiat, kegunaan, rasa dan masalah.
  13. Meningkatkan Value Rumah tang nak jual nanti.  (Kalau Dusun tu dijaga dengan baik)
  14. Kepada yang dah pencen, aktiviti ini merangsang otak dan badan.  Insya Allah boleh sentiasa sihat dan bertenaga.
  15.  (Sila Tambah di Ruangan Komen) …
[notice align=center]

Di Akhirnya

Tapi akhirnya, orang nak kata or bagi tau apa pun, hujung2nya KEPUASAN DIRI SENDIRI…
[/notice]

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

1 comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Assalamualaikum…macam sya tinggal di rumah teres, dya tnm pokok jmbu madu dn belimbing besi…skrg sdh matang pokoknya, risau akarnya merosakkn tembok jiran..betulkah tuan?

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.