Disini Disenaraikan Lesson Learnt sedari awal projek ini sampailah ke hari ni. Akan di update dari masa ke semasa sebagai panduan orang lain yang ingin memulakan project serupanya.
-
Knowledge awal tidak lengkap
- Akibatnya : Sistem sokongan yang di install tidak sesuai dengan tujuan. Contohnya, pemasangan Sprinkler system yang tidak sesuai untuk pokok buah. Tapi sebenarnya hanya sesuai untuk rumput.
- Solusinya : Install Drip Irrigation untuk setiap pokok.
-
Planning awal tidak Komprehensif
- Akibatnya : Banyak detail2 yang ketinggalan. Mulanya nak tanam hanya 32 pokok, but end up tanam 70 jenis pokok + 30++ tanaman lain.
- Solusinya : Planning terlalu detail pun mengambil masa, so planning harus sesuai dengan masa, kemampuan dan kesungguhan.
-
Material Take Off tidak Detail
- Akibatnya : Root barrier yang dibeli ada banyak excess.
- Solusinya : Jual lebihnya dgn orang lain.
-
Barang Yang di beli tidak sesuai dengan keperluan
- Akibatnya : Terpaksa beli lain. Contohnya, mesin rumput elektrik Rotak 34 tidak sesuai dengan kawasan rumah dan messy sebab ada cable ikut kat belakang.
- Solusinya : Jual Rotak 34. Beli mesin rumput petrol, Makita PLM 5120 dengan capability mulching.
-
OverEstimate Kudrat Diri.
- Akibatnya : Konon nak gali lubang sendiri. Satu hari satu lubang pun tak dpt nak siapkan. Diameter 1.8′ x Dalam 0.8m.
- Solusinya : Hire sahabat Bangladesh. Cost lagi …
-
Costing yang di buat overun disebabkan kasus di atas.
- Akibatnya : Budget terpaksa dinaikkan.
- Solusinya : Persediaan awal harus lebih lengkap. Tambah budget.
-
Terlebih Beli Pokok
- Akibatnya : Terlebih beli pokok i.e. Pokok Pala, Pokok Limau Kasturi & Pokok Inai.
- Solusinya : Sedekah kat kawan kawan.
-
Pokok Mati kerana Over Prunning
- Akibatnya : Pokok kemangi mati kerana over prunning.
- Solusinya : Alhamdulillah dia meninggalkan benih.
-
Tanam Pokok yang Salah
- Akibatnya : Beli Pokok Akar Dani, kononya sebab nak bau wangi. Sebenarnya Akar Dani ni over rated je baunya. Tak wangi sangat pun.
- Solusinya : Buang Pokok Akar Dani dan digantikan dengan Kesidang. Detail kat sini >> Akar Dani Vs. Kesidang
-
Tanam Pokok yang tak tau bila nak guna.
- Akibatnya : Rugi Space. Tanam Serai Wangi. Tak tau nak buat apa serai tu. Wife kata nak guna masa melahirkan anak. Pergghh!!! Btw, anda tau ke apa kegunaan serai wangi ???
- Solusinya : Biarkan je, jaga hati isteri.
So Far, inilah lesson learnt. Kalau anda punya lesson learnt yang boleh di kongsi bersama sila share kat ruangan komen.
[…] is sangat bertentangan dengan konsep Dusun Bandar. Since idea ni konsider baru, makan ada banyak lesson learnt akan di hadapi. Sesiapa yang punya pengalaman atau pengetahuan di alu-alukan […]
[…] Lesson Learnt dalam memiliki Dusun Bandar ni, Berikut adalah beberapa wish list jangka pendek dan panjang. List […]