Kelambu Pokok Sebagai Kawalan Perosak

Lahirnya Dusun Bandar

Mula2 tu suka2 je tanam pokok.  Awalnya rumah ni konon2nya nak tanam rumput je.  Bunga ke apa ke tak nak tanam. Kemudian HARGA MINYA JATUH ke paras rendah.  Projek tak ada, maka dok rumah je.  So daripada menganggur, lebih baik Tanam Anggur.  Maka dapatlah tanam anggur merah Isabella dan anggur hijau berserta pokok pokok lainnya.  Dan bermulalah idea Dusun di Sekitar Halaman Rumah.

Barisan Pokok Tanaman
Barisan Pokok Tanaman

Idea bermula sebenarnya selepas

  • Planning nak beli tanah untuk buat dusun.  Tapi tak jadi selepas berkira2.
    • Harga tanah dusun mahal
    • Jauh dari rumah, banyak travel n ulang alik
    • Nak kena jaga or hire orang utk jaga and maintain.
    • Buat belakang rumah kan senang …
  • Melihat video pasal High Density Planting
  • Melihat gambar TabuLamPot (Tanam Buah Dalam Pot) di Indonesia
  • Sayang kawasan rumah kosong tidak di manafaatkan sepenuhnya.
  • Gegaran Genetik anak Tukang Kebun
  • Kesian kat anak sebab pokok pisang dan Kelapa Sawit pun tak boleh beza
  • Budget kecik untuk Hire Landscape contractor.
  • Mencari hobi untuk mengisi masa ketika ‘Menganggur’

Kumpul semua maka nekad le nak buat Dusun Di tengah2 Kawasan Perumahan.  Diharapkan dengan sedikit ilmu ini projek ini berjaya.  Dan kalau ini berjaya, Insya Allah planning nak share dekat semua orang dan menjadi rujukan dan seterusnya memupuk budaya rakyat Malaysia menanam pokok buah di sekitar rumah.

[pullquote] Dan Target masuk Majalah 3 dalam masa 3 tahun dari sekarang. Mei, 2019.
[/pullquote]   Memang banyak dugaannya, ada yang kata GILA, ada yg kata nanti rumah jadi hutan, Jiran akan marah, Hangat2 tahi Ayam dan macam macam lagi.  Tidak di nafikan semua tu mungkin akan terjadi, terutamanya yang Hangat2 Tahi Ayam tu.  Tapi nekad juga untuk meneruskan.  Worst Case scenario, pokok tak berbuah dan sekurang2nya saya ada Hedges di sekitar rumah untuk menghidupkan suasana rumah dan seterusnya kalau gagal or berjaya menjadi panduan untuk orang lain IKUT atau AVOID.