Dusun Bandar

Tukar IC Anak ke IC Sabah atau Sarawak – Panduan Lengkap

Berikut adalah Panduan Tukar IC (Kad Pengenalan) anak yang lahir di Semenanjung ke IC Sabah atau Sarawak.  Artikel ini di tulis berdasarkan pengalaman penulis menukar IC anak dan IC sendiri ke IC Sabah di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) Putrajaya pada 18th September, 2018.  Penulis menegaskan dan tidak bertanggungjawab terhadap kesan dari tindakan ini dah pembaca di minta membuat penilaian sendiri.  Penulis yakin proses yang sama untuk mereka yang berasal dari Sarawak.

Tukar IC anak ke IC Sabah or Sarawak

PERSEDIAAN

 

DOCUMENT YANG DIPERLUKAN

 

PROSES DAN PERJALANAN

  1. Datang awal.  Lokasi JPN Putrajaya adalah di sini >> JPN Putrajaya
  2. Parking di kawasan yang di sediakan di sini >> Parking JPN
  3. Terus ke KAUNTER NOMBOR di Aras 2 bahagian Kad Pengenalan.
  4. Beritahu ‘Mahu menambah INDOKATOR H (Sabah) atau K (Sarawak) dan tunjukkan dokumen asal yang anda bawa.
  5. Ambil Nombor dan tunggu di aras yang sama sehingga nombor anda di panggil.
  6. Selepas di Panggil anda akan diberikan borang untuk di Isi.  Saya Isikan menggunakan alamat Sabah kerana mahukan alamat yang tertulis di kad pengenalan adalah alamat Sabah.  Nanti kita boleh update alamat dalam cip.
  7. Proses buat IC baru untuk anak dan saya bermula.  Ambil gambar dan cop jari.  Bayar RM 10 untuk setiap orang.
  8. Diberi Resit dan di suruh tunggu 1 jam.  Di JPN Putrajaya, hanya perlu 1 jam untuk menyiapkan IC anda.  So, pegi minum2 bagi nasihat kat anak tips2 dan kelebihan jadi pemegang IC Sabah.
  9. Selepas 1 jam, bawa resit yang di berikan ke Kaunter 23 di aras yang sama dan tunggu sehingga nombor yang sama di panggil.
  10. Sewaktu serahan IC, beritahu pegawai anda nak Update Alamat Terkini DALAM CIP. Bermaksud di luar masih printed alamat Sabah tapi dalam cip nanti dah update alamat terkini.  So kalau berurusan dengan Bank atau kerajaan nanti senang tak payah isi2 borang update lagi.
  11. Pegawai akan memberikan borang untuk anda Kemaskini Alamat dalam Cip.  Buat untuk anda dan Anak sekali.  so bayar RM 2 x 2 = RM 4.
  12. IC di serahkan dan check lagi butiran2.  Ucapkan terima kasih kepada pegawai dan bagi 5 BINTANG untuk servis yang mengkagumkan di JPN Putrajaya.

 

Anak yang lainnya masih memegang MYKID jadi belum perlu tukar kata pegawai.  Tapi kalau ada antara pembaca yang dah tukar, boleh share pengalaman.  Kalau boleh saya pun nak try tukar, so balik kampung tak ade lah nak berbaris di Immegresen.  Biar emak dioarang je yang berbaris 🙂

Exit mobile version