Akar Dani, Bau wangi dan bunga cantik… Ramai kata mcm tu, tapi selepas saya menanamnya, sebenarnya OverRated je.  Pokok tu saya cabut dan buang, malahan ada 3 lagi pokok Akar Dani semuanya saya buang dan gantikan dengan Pokok Kesidang.

Bau Akar Dani tidak sehebat Kesidang
Bau Akar Dani tidak sehebat Kesidang

Antara Reason kenapa Pokok Akar Dani ini di buang;

  • Bau dia tak seharum mana pun.
  • Pokok sangat aggressive dan cepat merimbun.
  • Bila akar dah tinggi, tak ada daun di pangkal, togel so nampak mcm tali2 je.  Nama pun Akar..
  • Dah la bau tak harum sangat, bau tak menepati cita rasa.
Pokok Kesidang menggantikan akar dani.
Pokok Kesidang menggantikan akar dani.

Pokok Akar Dani ini kemudiannya di gantikan dengan Kesidang.  Reasons

  • Bau Kesidang lebih kuat dan harum.
  • Harum Kesidang lebih sedap, dan menepati citarasa.  Akar Dani ni, bau di keras sikit.
  • Kurang Aggressive Pokoknya.
[pullquote align=left] Antara Akar Dani & Kesidang, I Choose Pokok Kesidang …
[/pullquote] Kita tengok je progressnya nanti, kalau tidak mencapai cita rasa juga, Silakan mendapat nasib yang sama macam Akar Dani.  Ini adalah salah satuLesson Learnt dari project ni. Btw, good tips, pokok2 yang wangi seperti Akar Dani, Pokok Kesidang, Sedap Malam a.k.a Sundal malam, Melur dan sebagainya sesuai di tanam di tempat laluan angin masuk ke rumah.  Dalam Kes ini, di tanam di tepi Wash Room, Toilet … Kalau perhatikan, Kesidan dan beberapa pokok Sedap Malam di tanam berdekatan laluan angin ke Wash Room.  Sesuai juga di tanam di Parkir Mobil, so balik kerja di sambut dengan bau wangi2an.  Or di tanam dekat dengan ruangan tamu or pergola.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

Add comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.