Tips Menanam Pokok Asparagus :

Tips ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan sendiri.  Tips2 akan di update berdasarkan pengalaman sepanjang penjagaan pokok Asparagus ini.

  • Rendam (min 6 jam) biji Asparagus sebelum semai.  Dulu saya tanam direct, hanya 30% to 50% je bercambah.  Bila rendam kemudian tanam dpt la 80% kejayaan.
  • Pokok Asparagus perlukan cahaya yang banyak.  So, tanam di tempat yg paling mendapat cahaya di kawasan rumah anda.  Dalam kes Dusun Bandar, dia hanya mendapat cahaya matahari selama 6 jam je.  Petang dah redup.  But so far boleh hidup dengan baik.
  • Boleh hidup sepanjang 30 tahun.  So plan dimana pokok itu akan hidup selamanya.
  • Tanam di kawasan yang tidak menakung air dan tanah Gembur.  (Rekomend gunakan Gafri Potting Soil 8 in 1)
  • Pokok adalah tahan lasak.  So far tak ada masalah perosak.
  • Kalau di kawasan temprate, berbuah sesudah 2 tahun, tetapi di tropika ni rasanya lebih cepat. we will see and nanti saya update.

Berikut adalah lebih detail tentang asparagus:

Nama Pokok :
Asparagus.  Pelbagai jenis Variety.

Asal-Usul Pokok:
2 Pokok Pertama di beli dari Mrs. Esther (Plants for Sale).  Harga sedikit mahal, dalam RM 80 per pokok kerana pokok yang di beli sudah mengeluarkan rebung (Shoots) yang boleh di tuai.  Secara purata, untuk menanam pokok Asparagus yang mencukupi, tanam 5-10 pokok untuk setiap orang di dalam rumah.  Kalau ada 5 orang bermaksud kena tanam 25 ke 50 pokok.  Dalam Kes Dusun Bandar, saya benihkan lagi additional 150 biji (anggap hanya 50% yg hidup).  Biji Benih ini kebanyakknya di beli di Ace Hardware dan juga dari Pn. Ainon di group FacebookTangan Hijau : Jom Berkebun.

Jenis :
Sejenis Sayuran

Kegunaan Buah:
Buah hanya untuk Benih.  Jangan makan buah beri asparagus kerana ianya BERACUN ! (Asparagus Berry is Poisonous)

[pullquote align=left] The fruit is a small red berry 6–10 mm diameter, which is poisonous to humans. [Wiki] [/pullquote]

Kegunaan Daun:
So far No Idea. Kalau anda tau sila share.

Kegunaan Batang:
Pucuk Rebungnya yang di tuai untuk di makan.  Tuai apabila sebesar jari kelingking dan setinggi 1 kaki atau 30cm.

Kegunaan Akar:
So far No Idea. Kalau anda tau sila share.

Reason Tanam :

  • Reason utama sebab rebung asparagus ni sedap dan berkhasiat.
  • Dan boleh hidup sehingga 30 tahun !.  Bayangkan bekalan asparagus tak putus selama 30 tahun!  Tetapi mengambil masa sehingga 2 tahun untuk mula di tuai.

 

Cabaran So Far :

  • Banyak benih yang tak hidup. so far dalam 50% kejayaan.
  • Kena jaga dan sokong batang dia sebab mudah rebah.
  • Perlukan tanah gembur.  Tanah kawasan saya tanah liat.  So saya gunakan Tanah Gafri yang di beli di Nilai Landscape sebelah Giant Bandar Baru Nilai.

 

Gafri Potting Soil Mix 8 in 1
Gafri Potting Soil Mix 8 in 1

Teknik Menuai Pokok Asparagus :

Kalau di kawasan 4 musim, mereka cuma menuai Asparagus selama 3 bulan per tahun.  Dormant pada waktu Winter.  Untuk itu, teori saya, kita boleh menuai hasil asparagus sepanjang tahun.  Groupkan asparagus kepada 4 group.  10 pokok per group. Saya akan Membuat eksperiment seperti berikut:

  • Bulan ke-1
    • Group 1 : Cantas Semua Pokok.  Dan Tuai rebung Baru selama 2 bulan.
    • Group 2 : Biarkan berdaun penuh.
    • Group 3 : Biarkan Berdaun Penuh.
    • Group 4 : Biarkan Berdaun Penuh.
  • Bulan Ke-2
    • Group 1 : Tuai Hasil sebulan lagi.
    • Group 2 : Cantas Semua Pokok.  Dan Tuai rebung Baru selama 2 bulan.
    • Group 3 : Biarkan Berdaun Penuh.
    • Group 4 : Biarkan Berdaun Penuh.
  • Bulan Ke-3
    • Group 1 : Biarkan Berdaun Penuh.
    • Group 2 : Tuai Hasil Sebulan Lagi.
    • Group 3 : Cantas Semua Pokok.  Dan Tuai rebung Baru selama 2 bulan.
    • Group 4 : Biarkan Berdaun Penuh.
  • Bulan Ke-4
    • Group 1 : Biarkan Berdaun Penuh.
    • Group 2 : Biarkan Berdaun Penuh.
    • Group 3 : Tuai Hasil sebulan lagi.
    • Group 4 : Cantas Semua Pokok.  Dan Tuai rebung Baru selama 2 bulan.
  • Bulan Ke-5
    • Group 1 :  Cantas Semua Pokok.  Dan Tuai rebung Baru selama 2 bulan.
    • Group 2 : Biarkan Berdaun Penuh.
    • Group 3 : Biarkan Berdaun Penuh.
    • Group 2 : Tuai Hasil Sebulan Lagi.
  • Bulan Ke-6
    • Ulang Process Bulan ke-1 dan seterusnya.

 

Dengan ini kita akan ada bekalan asparagus sepanjang tahun dan asparagus punya masa untuk membesar.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

2 comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.