Tips Menanam Pokok Epal Bidara :

Tips ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan sendiri. Tips2 akan di update berdasarkan pengalaman sepanjang penjagaan pokok ini.

  • Pokok sangat sensitif dengan over fertilizer a.k.a terlebih baja.  So baja dengan bijak.
  • Didapati sensitif dengan semburan Minyak Neem.  Dah sembur 2 kali dengan minyak neem dan memberikan response negative terhadap minyak neem.  Daun jadi hitam malahan bunga2nya berjatuhan selepas di sembur minyak neem.  Buah pun berjatuhan juga.  So far suspect utama adalah Minyak Neem.  So selepas ini pokok Epal Bidara akan dikecualikan dari disembur minyak neem.
  • Anak Pokok Berduri.  So hati2.
  • Tanah macam biasa je, Baja Organik Sarjani, Campuran Sabut Hancur, Pasir dan Top Soil. 1: 1 : 1 : 3.
  • Pastiakan tanah pengairan ok.  Tidak Bertakung.  Btw, kebanyakkan akar pokok tidak boleh tahan tergenang air.  Nanti kena Reput Akar.  So mostly ini apply untuk kebanyakan pokok di Dusun Bandar.
  • Semut memang suka dengan pokok ni.  Untuk mengatasi semut, saya tabur serbuk racun semut di sekitar pokok.
  • Bila dah ada semut, ada la kulat putih yang akan menyebabkan daun berkrekot.  Untuk ini, daun2 yang terjangkit, di buang.  Dan cuci secara manual kulat putih tu dari dahan.  Bunyi memang sukar, tapi kesan berpanjangan.

Tips2 ini akan di update dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman sendiri dan pengetahuan baru.

Nama Pokok :
Epal Bidara

Asal Usul Pokok :
Ditanam Pada May, 2016.
Dibeli dari Nurseri Bumi Hijau Rawang. (Kalau contact En. Zaire, bagitau reference dari Dusun Bandar @ Banyan Close).

Jenis :
Pokok Buah

Kegunaan Buah:
Buahnya rasa dan serangup epal hijau.  Hanya kulitnya saja yang sedikit keras.

Bawalah peti ke Tanjung Bidara,
Jalan selisih dengan si ratu;
Ku pujuk hati ku ubat lara,
Ku cari kasih Dia Yang Satu.

(Jangan sibuk nak buang emak buang saudara sebab kasih manusia yang belum pasti.)

Kegunaan Daun:
No Idea.  Kalau anda tahu, sila la share kat komen.  Tapi ada yang kata digunakan daunnya untuk memandikan Jenazah.

Kegunaan Batang:
No Idea, Buat Kayu Api je kot. Kalau anda tahu, sila la share kat komen.

Kegunaan Akar:
Tak tau dan tak ada plan nak korek akar dia.

Reason Tanam :
Pokok ni cepat berbuah.  Dan nak pastikan ada buah di Dusun Bandar.  Dan Pokok ni glamour di kalangan masyarakat Melayu.
Bunga epal bidara ni walaupun kecil2 tapi wangi.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

Add comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.