Nama Pokok :
Jambu Batu Merah

Asal Usul Pokok :
Ditanam Pada May, 2016.
Dibeli dari Nurseri Bumi Hijau Rawang (Kalau contact En. Zaire, bagitau reference dari Dusun Bandar @ Banyan Close).
Kononnya pokok ni berasal dari Australia.

Jenis :
Pokok Buah

Kegunaan Buah:
Rasa Buah tidak semanis buah jambu batu biasa.  Tapi menurut Google, nutrisinya lebih baik dari jambu batu biasa (UnVerified).  Apap pun selalunya ditanam hanya sebagai hiasan kerana keunikan daunnya yang berwarna ungu.

Kegunaan Daun:
No Idea.  Kalau anda tau, sila share.

Kegunaan Batang:
Buat Kayu Api yang tau.  But, kalau anda tau, sila la share.

Kegunaan Akar:
Tak tau dan tak ada plan nak korek akar dia.

Reason Tanam :
Pokok ni daunnya merah.  So di tanam depan rumah berfungsi sebagai tanaman hiasan juga.  So nampak ada variety.  Bunganya pink dan cantik.

Tips Menanam Pokok Jambu Batu Merah:

Tips ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan sendiri. Tips2 akan di update berdasarkan pengalaman sepanjang penjagaan pokok ini.

  • Mudah terkena serangan penyakit karat daun.  Masih dalam proses eksperiment menyembur dengan Minyak Neem.  Pokok2 lain dah menunjukkan kesan yang ok, kecuali Pokok Jambu Batu Merah, Pokok Bunga Kesidang dan Epal Bidara.
  • Sensitif dengan kes over fertilizer.  Sebab daun start terbakar dan berkerunyut.  So hati2 dengan penggunaan baja Kimia.
  • Setting Pengairan sama dengan Pokok Lain.  Dripper 0.5 GPH x 30 Minit x Every 48 Jam.
  • Pokok cepat tumbuh menegak.  So pangkasan di buat awal untuk membentuk Cabang.
  • Daunnya unik berwarna Ungu.  So boleh ditanam sebagai tanaman Hiasan juga.

 

Tips2 ini akan di update dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman sendiri dan pengetahuan baru.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

Add comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.