Ulam Putat ni pertama kali ditemui oleh penulis time makan di satu restaurant ulam di sekitar Bangi.  Rasa memang rangup dan unik.  Maka reason utama di tanam di Dusun Bandar @ Banyan Close adalah untuk kegunaan sendiri.  Penulis juga pernah di hidangkan Laksa berserta Hirisan Pucuk Putat (Laksa di Penang).  Ada pelbagai jenis pokok putat (Putat Kampung, Putat Laut, Putat Air, Putat Darat, Putat Ayam dan Putat Sungai), secara jujurnya Penulis tak tau jenis putat yang penulis tanam.  So kalau ada sesiapa boleh identify Jenis Putat ni, sila share kat komen.

Putat Before Pruning. Ini Putat Jenis Apa?
Putat Before Pruning. Ini Putat Jenis Apa?

Biodata Putat

  • Tarikh Beli : May, 2016
  • Tarikh Tanam : May, 2016
  • Lokasi Beli : Halaman Bumi Hijau – En. Zairee
  • Reasons Penulis menanam Putat
    • Pucuk Putat Sedap di Makan sebagai Ulam.
    • Ulam Pucuk Putat + Budu = Yummy !
    • Salah satu lubang yg di gali menakung air dan sentiasa lembab.  Putat suka di kawasan lembab.
    • Dengan Kuantiti Cabang yang Cukup, Putat boleh memberikan pucuk utk tuaian sepanjang tahun.
  • Cara Menanam & Membiak
    • Melalui Biji.
    • Melalui Tut
    • Beli kat Nursery.
  • Kegunaan & Khasiat Lain (Dari Internet)
    • Makan Boleh awet Muda (Iyea la sangat, Kena juga rajin excercise)
    • Menlancarkan pengaliran darah.
    • Mengurangkan masalah keputihan.
    • Jus+serat Buah Putat boleh ditampal di muka sebagai bedak sejuk.
    • Daun Putat + Beras di tumbuk dan dilumur ke badan pengidap cacar air.
    • Buah Putat boleh juga di jadikan ulam2an.
    • Buah Putat Laut adalah beracundan digunakan untuk Menuba IKAN.

 

[pullquote] Buah Putat laut yg Kering adalah BERACUN dan boleh menyebabkan kematian. Malah ia digunakan untuk Menuba Ikan.[/pullquote] Putat ni senang je tumbuh dan kelihatannya sebagai tumbuhan lasak. Penulis akan mengupdate progress pokok putat ni dari masa ke semasa.  AMARAN ! Buah Putat Laut orang gunakan untuk Menuba Ikan.  Maka ada ciri2 beracun di situ.  Refer FRIM (Institut Penyelidikan Hutan Malaysia).  Ada sesiapa yg tau jenis putat yg penulis tanam ni?

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

4 comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Saya menjual buah putat dan lain2 sayur kampung di pasar tani setiap hari sabtu pagi.
    Boleh hub saya utk order buah/pucuk putat.
    017 2773229

  • Salam…sy nak beli pucuk putat merah….nak kuantiti yg byk…please call

    012 9888813