Selepas menanam semua pokok, rasa mcm nak start first pruning.  Mula mula takut juga n kesian pokok nak prune.  So sebagai percubaan Pokok Putat di pilih kerana kelihatan dia lebih kuat dan kukuh serta berharga lebih murah berbanding pokok2 lain.  Terus potong togel 1.5kaki dari paras bumi.

Putat Before Pruning. Ini Putat Jenis Apa?
Putat Before Pruning. Ini Putat Jenis Apa?

Kalau Mati, matilah, kalau hidup mudah2an tumbuh ‘scaffolding’ branch untuk pokok putat ni.  Semakin banyak ranting, semakin banyak pucuk.  [pullquote align=left] Target Size Pokok adalah Target Total Ranting = 27 unit Total Tinggi = 6 kaki
[/pullquote] Maka banyak   juga la hasil pucuk untuk di makan.  Teori pemangkasan adalah, dari 1 batang ke 3 batang, kemudian setiap 3 ada 3 lagi, dan setiapnya ada 3 lagi, so total nanti akan ada 1 x 3 x 3 x 3 = 27 ranting pucuk.  so total tinggi 4 layers, satu layers 1.5 ft, so total = 6 feet saja.

Putat After Pruning
Putat After Pruning

Ini Dah Consider diPangkas tanpa Belas Kasihan.  Satu daun pun tak dak.  Experiment saja.  Tau pokok putat ni Kuat dan lasak.  Sekiranya ini berjaya, maka pokok pokok lain akan mengalami pengalaman yang sama.  Especially pokok mangga.  I order pokok kecil2 je tapi sebab stock tak ada depa bagi stock pokok mangga yang dah tinggi.  Its ok, bagi saya pokok kecil lebih ok sebab harga lebih murah dan senang di bentuk dari awal.

Cuma masalah sekarang adalah beberapa pokok yang di supply tu di bibit dari biji. which is akan mengambil masa yang panjang untuk berbuah.  yang paling mencabar ada pokok Keranji, dari biji, mau 20tahun baru berbuah.  Tapi tak pa, kita try saja dulu.  Dan untuk makluman semua, pokok putat ni rupanya banyak juga serangga perosaknya.  Daun2 suka di makan termasuk pucuk.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

Add comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.