Salah satu element penting Dusun bandar adalah untuk sentiasa mengekalkan kecantikan halaman rumah.  So rumput (Rumput Carpet – Jadi Pilihan) adalah element penting dalam proses ini.  Di sini saya sertakan pengalaman, penyelengaraan dan tips dalam menanam rumput di sekitar rumah anda.

Barisan Pokok Tanaman bersama rumput carpet menghijau
Barisan Pokok Tanaman bersama rumput carpet menghijau

PEMILIHAN RUMPUT

Pilih rumput yang mudah untuk di jaga dan sesuai untuk kawasan anda terutamanya dari segi penerimaan cahaya.  Disini perbandingan 3 rumput utama ketika saya membuat selection untuk rumah dahulu.

  • Rumput Karpet / Philippine Grass :
    • Keperluan Cahaya : Penuh
    • Lasak : Sangat Lasak
    • Penjagaan : Consider Mudah.
  • Rumput Mutiara / Pearl Grass :
    • Keperluan Cahaya : Boleh tolerate kawasan terlindung.  Kalau terkena cahaya terik tepi2 daun akan terbakar.
    • Lasak : Tak lasak, mudah diserang kulat.
    • Penjagaan : Tak perlu potong tapi leceh kerana perlu air yang tepat dan banyak penyakit. (Berdasarkan pengalaman di rumah lama)
  • Rumput ‘lembu’ / Cow Grass : Lasak, Perlu Cahaya penuh, Cepat tumbuh.
    • Keperluan Cahaya : Penuh
    • Lasak : Sangat Lasak
    • Penjagaan : Consider mudah

Akhirnya pemilihan dibuat ke rumput Philippine grass. Lagipun harganya berpatutan dan banyak supply.

Tanah Penuh batu, sisa binaan, becak berair dan confirm tak subur.
Tanah Penuh batu, sisa binaan, becak berair dan confirm tak subur.

PENANAMAN

Dahulu ketika mula menanam, saya tidak membuat penggalian tanah dan mengganti dengan tanah lain.  Hanya surface tanah dalam 2″ dibersihkan dan batu2 di buang dari surface.  Penting pastikan batu2 semua di buang kalau tak nanti rumput bertompok2.  Kalau tak ada masalah budget, buang dalam 6 inchi dan gantikan dengan top soil.  dalam kes saya, hanya buang surface sedikit dan letakkan pasir untuk meratakan rumput.  Sembur dengan racun lalang dulu.  Biarkan seminggu dua baru tanam Rumput.

Stone Edging (Paver) untuk memudahkan kerja kerja memotong rumput.
Stone Edging (Paver) untuk memudahkan kerja kerja memotong rumput.

EDGING

Edging ni amat penting terutamanya mereka yang memotong rumput sendiri.  Dalam kes saya, rumput potong sendiri so edging yang digunakan adalah batu bata yang sama level dengan tanah.  Di ulangi, sama level dengan tanah, bukan sama level dengan rumput.  So ketika memotong rumput, tayar mesin rumput tolak boleh sampai ke atas edging ini.  dan juga seterusnya membina sempadan antara rumput dan kawasan lain.

PEMBAJAAN

Baja hanya diberikan dalam 3 bulan pertama je.  Baja yang saya gunakan pada awal2 dulu adalah Baja Organik Sarjani dan diselang selikan dengan baja kimia slow release 15:15:15 + Mg + TE.  Selepas tu bila dah stabil tak ada baja di berikan.  Hanya sisa2 baja dari tanaman pokok lain je.

Peralatan Utama Menyelenggara Rumput. Mesin Rumput, Blower dan Aerator/Pengudaraaan
Peralatan Utama Menyelenggara Rumput. Mesin Rumput (Makita PLM5120), Blower (Makita BHX 2500)  dan Aerator/Pengudaraaan

PEMOTONGAN

Ini part yang paling penting dan salah satu reason saya pilih rumput carpet.  Jadual pemotongan hanya sebulan sekali.  Dan kerana ciri daunya yang kecil seperti jarum, hasil potongan tidak saya kutip dan buang.  Malahan di biarkan hancur di rumput itu sendiri.  Namun begitu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik pastikan anda menggunakan mesin rumput yang sesuai.  Dalam kes dusun bandar, mesin yang digunakan adalah Mesin Pemotong Rumput Petrol (Makita Lawn Mower PLM 5120).  Ini kerana mesin ini dilengkapi dengan mata Mulching Blade (Pastikan Blade Sentiasa Tajam).  Bermaksud, rumput tu di potong dua kali.  Rumput yang terpotong akan terapung sekejap dan akan di potong sekali lagi sebelum jatuh ke tanah kerana design blade yang special.  Malahan mesin rumput ni tak ada pun menyediakan bekas untuk memungut potongan rumput.

Rumput Masih Hijau walaupun selepas di Potong.  Jadual Pemotongan 2 bulan sekali.

TIPS2 memotong rumput

  • Rumput ni saya potong panjang setting 2.5″.  Reason membiarkan ia tidak terlalu pendek adalah:
    • Cahaya tak sampai ke tanah, so rumput asing susah nak tumbuh kerana kalah dengan persaingan cahaya.
    • Jimat Air Kurang kehilangan air kerana cahaya tak sampai ke tanah.  Siram seminggu sekali je.
    • Selepas potong rumput, rumput masih hijau.  Kalau terlalu rapat akan kelihatan coklat kerana batang2 rumput yang kelihatan.  Untuk mencapai ini, rumput mesti di potong sebulan sekali.
    • Rumput tebal dan sedap di pijak dan jika anak2 jatuh pun tidak terlalu sakit.
    • Sisa potongan rumput cepat je tersembunyi dan jatuh di celah celah rumput sepanjang 2.5 inch ini.
  • Pastikan Blade pemotong rumput sentiasa tajam.  Kalau tumpul, blade akan ‘mencabut’ rumput instead memotong. Blade tumpul juga menyebabkan function ‘Mulching’ tidak optimum kerana rumput tidak dapat di potong halus.
  • Potong rumput ketika panas dan kering.  jangan potong rumput ketika basah, nanti bergumpal2 jadinya dan juga ‘Mulching’ tidak optimum.
  • Biarkan sisa potongan di atas rumput.  Kalau bergumpal, gunakan penyapu untuk meratakannya.  Paling mudah kalau menggunakan mesin yang memang di design ada function mulching. [Mesin Pemotong Rumput Petrol (Makita Lawn Mower PLM 5120)]
  • Kalau boleh setiap kali memotong rumput, gunakan pattern yang berlainan.  Contoh, jika hari ini memotong rumput pattern selari dengan rumah, next time potong pattern 90 degree dengan rumah pulak dan next time kalau boleh buat pattern melintang X pula, dsb.
  • Jaga telinga anda. Gunakan penutup telinga atau mudahnya pakai earphone sambil dengar lagu.

Kalau ada budget lebih, beli Blower.  Senang tak payah sapu.  Tiup je balik ke rumput.  Blower ada kat gambar dia atas tu.  Blower brand Makita (Makita Petrol Blower BHX 2500) juga.  Semakin lama mempraktikan good practice ni, lama kelamaan tanah akan menjadi lebih subur dan lebih baik.  Ini di buktikan kerana tanah dah tak menakung air dan banyak kehadiran cacing tanah.

Top dressing dengan pasir terlalu tebal SALAH tu.
Top dressing dengan pasir terlalu tebal SALAH tu.

TOP DRESSING

Top dressing ni saya buat baru sekali.  Tu pun buat dengan pasir.  Lapisan pasir ni diletakkan pada kawasan2 yang tidak rata.  Bila top dressing next time, saya tak akan pakai pasir lagi, kalau ada budget pakai tanah hitam yang subur atau potting soil.  Kenapa next time tak pakai pasir lagi:

  • Pengalaman menunjukkan lipan suka dok dalam pasir.  Banyak anak2 lipan kelihatan, tapi alhamdulillah burung2 pun banyak membantu mengurangkan populasinya.  So next time pakai tanah hitam yang peroi.
  • Pasir tidak punya ‘nutrition value’ macam potting soil or tanah hitam.  So, guna tanah hitam nanti bisa membantu menyuburkan rumput dan meningkatkan aktiviti mikrob dan fungi.
  • Org kata Tanah liat + Pasir = Compacted soil.  Sebab jadinya mcm simen.

PENGUDARAAN / AERATION

Sejak tanam rumput, baru sekali dua je buat aeration.  Ia adalah kerja yang memenatkan tetapi berbaloi.  Sekarang tak buat dah sebab dah terlalu banyak cacing tanah.  Tiap2 pagi kelihatan bonjolan2 hasil kerja perut cacing tanah.  Aerator yang digunakan seperti dalam gambar di atas.  Aerator (Yard Butler G-CORE Green Line Aerator) tu dibeli kat Ace Hardware The Curve.  Pastikan anda tahu di mana paip dan kabel bawah tanah ketika melakukan kerja2 pengudaraan ni.

Pasang Sprinkler untuk Rumput.
Pasang Sprinkler untuk Rumput.

PENYIRAMAN

Sprinkler dengan timer di pasang.  Jadual penyiraman adalah 30 minit seminggu sekali sahaja (Jarang tapi Deep).  Ketika musim hujan, iaitu antara bulan Oktober to March, tiada penyiraman di buat.  Sprinkler tutup.  Antara kebaikan penyiraman ‘Jarang tapi Deep’ adalah:

  • Air yang digunakan tidak terlalu banyak.
  • Stimulate akar untuk bergerak lebih jauh ke dalam tanah dan seterusnya membantu rumput utk lebih tolerate kemarau dan membantu tanah untuk menjadi lebih peroi.
  • Mengelak pertumbuhan kulat.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Disini adalah benda benda tambahan dan eksperimen yang saya buat.  Antaranya adalah meletakkan beberapa Karung ZEOLITE ke atas tanah saya.  Sebagai soil conditioner.  Berkesan atau tidak, tak pasti tapi rumput tak mati… so far ok.  Mula2 dulu air berlecak juga sebab di bawah tu tanah liat dan saya tidak menggantikan tanah atau menginstall drainage.  Tapi lama kelamaan Dah tak becak.  Mungkin mikrob dan fungi dah banyak so tanah semakin peroi.  Dan sekarang dah banyak kelihatan cacing tanah.  Alhamdulillah, tanah dah ok dan dah tak perlu lah lagi buat Aeration/Pengudaraan.

CABARAN So FAR

  • Rumput Philippine ni kalau tidak mendapat cahaya matahari penuh, dia akan tumbuh kurus, tak tebal dan daun panjang.
    • Solution : Semua rumput di kawasan ini telah saya buang dan ganti dengan Mulching Batu.  Rumput jenis ni memang tak sesuai tanam di kawasan shaded.
  • Pisau Mesin Rumput Tumpul.  Bila tumpul, instead of rumput di potong, rumput akan tercabut.  Anda boleh tahu ketika memotong rumput, kelihatan ada rumput2 yang tercabut instead of terpotong.  Itu tanda blade dah tumpul.
    • Solution : Buka dan tajamkan blade dengan kikir.
  • Banyak kucing melepas kat halaman rumah.
    • Solution : Free baja untuk pokok Buah.  Jangan biarkan di atas rumput nanti rumput mati.  Instead, scope pakai penyodok dan letak dalam 6 inch dari batang pokok buah sebagai baja tambahan.
  • Rumput Liar banyak tumbuh.
    • Solution : Set Blade tinggi 2.5″ dan cabut secara manual.  So far bila rumput tinggi, rumput liar kurang nak tumbuh akibat persaingan cahaya.  So far berjaya.
  • Pemaju tanam pipe telalu dangkal.  Kerja2 aeration/pengudaraan susah dan takut terbocor paip.
    • Solution : Alhamdulillah ketika proses buat rumah saya rajin pegi tengok dan ambik gambar2 progress.  Dari situ dapat tau di mana pipe.  so area tu saya elakkan dari melakukan Aeration.

Disclaimer : Artikel kat atas ni sesuai untuk rumput carpert.  Rumput species lain mempunyai keperluan yang berlainan.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

11 comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.