Teknik Companion Planting adalah dimana tanaman dari beberapa jenis YANG SESUAI di tanam berdekatan.  Tanaman ini akan saling memberikan kebaikan antara satu sama lain.  Teknik Companion Planting adalah antara teknik terhebat kerana ia menyelesaikan banyak masalah dan memberikan banyak kebaikan.  Namun begitu tidak semua pasangan pokok sesuai bersama.  Berikut adalah kebaikan2 teknik Companion Planting ini;

Companion Planting Berlapis Lapisan
Ambil contoh diatas: Companion Planting Berlapis Lapisan
  • Membolehkan anda menanam banyak jenis tanaman dalam satu ruang yang kecil dan berlapisan.
    • Dalam contoh di atas, ada 3 lapisan tanaman.
      • Lapisan Pertama (Paling Tinggi): Pokok Cukur Manis dan Mealy Cup Sage (Paling kanan)
      • Lapisan KeDua (Pertengahan) : Pokok Chili (Bucu Bawah Kanan) dan Daun Ketumbar (Bawah paling depan)
      • Lapisan KeTiga (Tutup Tanah) : In between pokok Cukur Manis tu saya tanam Arugula (Salad Rocket) yang berfungsi sebagai ground cover.
    • Dari di atas kita lihat dalam ruang yang sekecil ini kita mampu menanam 32 kumpulan tanaman.  (Saya panggil kumpulan kerana satu lubang tu ada 2 tiga pokok yang sama)
  • Mengusir Serangga Perosak.
    • Contoh di atas, Pokok ketumbar (Boleh digantikan dengan Daun Sup, Parsely, daun bawang) dan pokok Mealy Cup Sage (Anda boleh gantikan dengan Basil/kemangi/Selasih) adalah pokok berbau yang kurang di sukai oleh kebanyakan serangga.
    • Ditanam di sekeliling kumpulan ini sebagai barrier supaya serangga perosak tidak masuk.
  • Mengawal rumput Liar.
    • Ground cover seperti Arugula/Salad Rocket tu nanti akan menutup semua tanah.  Cahaya tak masuk dan rumput lain pun tak boleh le nak tumbuh.  So no more weeding.
  • Menyokong tanaman.
    • Tanaman tinggi berkayu boleh di jadikan sokongan kepada tanaman lain di bawahnya.  So tak perlu stacking.
    • Untuk ini anda contohnya boleh tanam tomato atau kacang di sokong oleh Pokok Cukur Manis.
  • Membekalkan nutrient.
    • Sekirangnya dalam kumpulan itu ada jenis kekacang, tanaman ini boleh bertindak sebagai pembekal nitrogen kepada kumpulannya (Nitrogen Fixer)
  • Sebagai pelindung Matahari.
    • Tanaman tinggi boleh bertindak sebagai pelindung matahari kepada tanaman di layer bawah.
    • Dalam kes ini option lain adalah menanam ‘Indian Borage’ dibawah Cukur Manis.  Ini kerana pokok Indian Borage ni tak suka matahari direct. Nanti daun dia kuning, tapi tak mati.
  • Sebagai Pelindung Angin.
    • Ya, kalau kawasan tanaman selalu di tiup angin kuat. Boleh menanam tanaman berkayu di sekeliling sebagai pelindung angin.
  • Menarik Polinator/agen pendebunga.
    • Di Sebelah kanan tu saya tanam Mealy Cup Sage.  Tanaman import yang amat di sukai oleh Lebah, rama2 dan mungkin juga kelulut.
  • Kumpulan tanaman menjadi cantik.
    • Dalam kes ni, Mealy Cup Sage tu nanti akan berbunga Biru.  So tak ada lah boring area tu dengan warna hijau semata2.
  • Umpan ‘Bunuh Diri’, Sacrificial baits.
    • Kes ini saya hadapi secara tak sengaja.  Di kawasan lain, daun chili saya habis di makan serangga.  Tetapi anak2 chili yang di tanam berdekatan dengan Kantan selamat.  Instead, Daun kantan tu yang teruk di makan serangga.
    • Since daun kantan tu rimbun dan banyak.  Maka dengan ini dipersilakan makan daun kantan tu sampai kenyang.  Selamat anak2 chili saya kat depan tu.
  • Radar atau Signal Masalah/Penyakit dsb.
    • Sebagai contoh, di Dusun Bandar kebanyakkan pokok buah yang sensitif kekurangan air saya temankan dengan Pokok Basil.  Pokok Basil ni kalau kekurang air daun dia akan cepat kelihatan layu.  So Tanda kekurangan air akan di tunjukkan oleh Basil sebelum memberikan kesan buruk kepada pokok (Unless anda melakukan proses Water Stress).  Keadaan ini pernah menyelamatkan saya, Basil dah layu, berpunca dari Timer Kehabisan Bateri.
  • Menggemburkan dan Menyuburkan Tanah.
    • Ya benar, bagaimana berfungsi?  Contoh, Basil yang di tanam di sekitar pokok selalunya hanya berumur tidak sampai setahun sebelum dia mati dan digantikan oleh anak-anaknya.  So apabila pokok basil yang dah tua mati, akarnya yan dah jauh ke dalam akan mereput.  Pereputan akar ini lah yang menyumbang kepada penggemburan tanah dan akar yang reput akan menjadi baja organik secara tidak langsung.
    • Pastikan anda sentiasa memberikan baja untuk menggantikan nutrient yang diambil oleh companion plant tadi.

 

Daun Chili Selamat. Daun Kantan Habis Dimakan. Tak Pa Silakan sampai kenyang.
Daun Chili Selamat. Daun Kantan Habis Dimakan. Tak Pa Silakan makan wahai serangga sampai anda kenyang.

Anda boleh Membuat eksperimen sendiri untuk Companion Planting ni.  Untuk rujukan tumbuhan yang boleh di tanam bersama, sila rujuk ini >> https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_companion_plants. Namun begitu Perlu di ingatkan, ada beberapa tumbuhan yang tidak sesuai ditanam bersama sebagai companion planting. Contoh macam Lobak dengan Bawang.  Or tumbuhan berubi sesama berubi.  Pengalaman saya pulak, Pokok Asparagus Mati selepas menanam Basil berdekatan dengannya.  Tak taulah samada disebabkan basil tu atau disebabkan oleh overwater.  maklumlah sekarang ni musim hujan.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

1 comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.