Setelah hampir setahun buat research ‘online’ tentang cara2 terbaik Ternak kelulut di rumah bandar untuk kegunaan sendiri; akhirnya pada 31hb August saya decide untuk beli log pertama.  Disini saya kongsikan kenapa dan bagaimana saya menternak kelulut di Dusun Bandar ini.

Kenapa Ternak Kelulut di Rumah Bandar untuk kegunaan Sendiri?
  • Memastikan Bekalan Madu Tulen untuk keluarga.
  • Sebagai agen Pendebungaan untuk Pokok2 buah dan Bunga bunga di Kawasan rumah.
    • Bunga2 akan lebih banyak dan buah buahan juga lebih banyak.  Ada research mengatakan, dengan adanya ternakan kelulut di Dusun Durian, meningkatkan pengeluaran buah up to 30%.
  • Hobi yang sihat.
    • Badan berpeluh.  Otak Jalan.
Persediaan asas untuk Ternak Kelulut di Rumah Bandar.
  • Baca online dan kenali secara asas apa itu kelulut.
  • Join WhatsApp group kelulut. (Ini List group WhatsApp.  Banyak yang dah penuh, tapi masih ada yg avaliable)
  • Join Group Facebook Peminat Kelulut.
  • Tanam sebanyak boleh Pokok Buah dan Bunga2an kesukaan kelulut.
    • List Bunga & Buah kesukaan kelulut. (Nanti saya masukkan)
  • Kenalpasti lokasi teduh yang sesuai di kawasan rumah anda.
  • Fokus kepada Spesis Itama sebagai permulaan.
  • Beli log siap topping, kalau boleh yang dah ada madu (Mengurangkan risiko koloni pupus – Maklumlah masih NOOB)
  • Inform Penduduk sekitar (Dalam Group Komuniti Anda) yang anda ada pelihara kelulut.
    • Minta mereka inform anda 24 jam lebih awal sekiranya ada plan nak buat semburan nyamuk aedes.  Kalau ada semburan, malam sebelum semburan tu, tutup corong dan buka sehari selepas semburan di buat.  Kelulut boleh tahan 3 hari dengan corong tertutup.
    • Dalam masa yang sama, mana tau ada komuniti yang berkongsi minat yang sama atau baru bercadang nak join.  Lagi baik kalau satu rumah satu hive.
Peralatan Asas yang perlu ada.
  • Topi kalis kelulut, beli atau buat sendiri.
  • Picagari atau Pam Kelulut.

Ok.  So far ini pengalaman saya.  Alhamduillah setakat ini Kelulut aktif di Dusun Bandar.  kedepannya saya akan detailkan lagi perkara2 berikut untuk rujukan bersama.

  • Persediaan Asas Sebelum Memelihara Kelulut.
  • Faktor Kesesuaian Penternakan Kelulut di Rumah Bandar
  • Pemilihan Spesis Kelulut
  • Senarai Pokok, Bunga dan Herba kegemaran Kelulut
  • Sarang Hive Kelulut
  • Penentuan Lokasi Sarang Kelulut
  • Pembelian Sarang Kelulut
  • Penjagaan & Penyelengaraan Sarang
  • Cabaran Penyakit, Perosak dan Musuh Kelulut
  • Pengurusan Cuaca
  • Penuaian & Penyimpanan Hasil madu Kelulut
  • Kegunaan Madu, Propolis dan Roti Kelulut
  • Koleksi Video Kelulut

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

Add comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.