Sebenarnya dah banyak kali dah tuai hasil herba dan pucuk ni.  Buah belum lagi ya, tunggu averange 3 tahun.  So far yang berbuah nampak dah nak keluar adalah Epal Bidara, Ciku Subang dan Mulberry.  Yang lain belum lagi.  So dimuatkan kali ini gambar tuaian 16 jenis Pucuk, Ulam dan Herba yang telah selamat dikonsumsi.  Antaranya :

Penuanian Hasil Dusun Bandar 16 jenis Pucuk, Ulam & Herba untuk seisi keluarga
Penuanian Hasil Dusun Bandar 16 jenis Pucuk, Ulam & Herba untuk seisi keluarga
  1. Daun Ulam Raja
  2. Daun Pegaga
  3. Daun Sambung Nyawa Batik
  4. Pucuk Cangkuk Manis
  5. Daun peppermint
  6. Daun Selasih
  7. Daun Kemangi
  8. Pucuk Adas Manis
  9. Daun Pudina
  10. Buah Chili Burung
  11. Buah Chili Kunak, Sabah
  12. Daun Selom
  13. Daun Kesum (Yes try daun kesum sebagai campuran Salad ulam anda)
  14. Daun Kari
  15. Daun Kelor / Moringa
  16. Pucuk Kedongdong (Yes, ini lagi satu, try pucuk kedongdong sebagai ulam tapi celur dulu ya)

 

Resepi saya mudah saja.

  1. Cuci sehingga bersih semua daun2 di atas.
  2. Rendam sebentar dengar air panas.
  3. Hidangkan.

 

Pelbagai rasa ada di dalam nya, ada pedas chili, ada segar pepperming (jangan banyak), rasa unik kesum, rasa masam pucuk kedongdong, rasa unik cukur manis dan kelor, pedas wangi kemangi dan selasih, pahit pegaga, rasa pudina , rasa kuat daun kari dan crunchy pucuk cangkuk manis & Sambung Nyawa Batik…

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

Add comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.