Dusun Bandar

Kelambu Pokok sebagai Kawalan Perosak

Dapat Idea kelambu pokok untuk mengawal perosak ini semasa sedang berborak pasal masalah Denggi dengan ayah.  Dari situ, terus je ke Kedai Hardware tanya kalau2 ada jual netting.  Rata2 jual net hitam yang orang selalu pakai untuk mengawal cahaya.  Netting plastik keras ada dan tak sesuai.  Last2, beli Kelambu di kedai Mr. DIY area Tesco Bandar Seri Putra.  Harga RM 11++ Rupa bentuknya seperti berikut:

Kelambu orang jadi Kelambu Pokok

Kelambu di di gunting2 mengikut saiz dan dapat digunakan untuk menyelubungi 6 pokok setiap satu kelambu.  Ia bertindak sebagai Barrier Fizikal kepada perosak.  kalau anda ingin membeli kelambu mcm ni pastikan:

Kasihan, Teruk diserang pemakan Daun. Sembur Neem + Extrak Bawang Putih, letak perangkap gam, semua tak berjaya.
Kelambu Pokok selepas installation. atas ikat, bawah letak batu.

Nanti akan saya update lagi apa akan terjadi dalam masa terdekat.  Samada berjaya atau tidak.  antara potential masalah (TEORI JE!!) yang mungkin adalah;

 

Apa pandangan anda?  or maybe anda punya cara lain yang lebih berkesan.  apa yang saya identify, serangga yang memakan daun ni bergiat aktif pada waktu malam dan bentuk dia lebih besar dari langau.  Minyak Neem + Ekstrak Bawang putih masih tak dapat mengusir spesis yang satu ni.  Tapi saya pasti Minyak Neem + Ekstrak bawang putih sudah berjaya menghalang serangga lain.  satu ni je yang problem…

 

Kelambu Pokok Sebagai Kawalan Perosak

 

Exit mobile version