Suka atau tidak, ini adalah salah satu cabaran dalam mengerjakan Dusun Bandar anda.  Kawalan Perosak adalah salah satu elemen penting dalam kejayaan Dusun Bandar.  So kena banyak bersabar dan berusaha dalam menangani masalah ini.  Ada pelbagai jenis perosak tanaman. Antaranya adalah :

  • Serangga
  • Kulat
  • Bakteria
  • Virus
  • Haiwan
  • Manusia
  • Tumbuhan

Cara2 mengawalnya pula ada seperti berikut:

Kawalan Perosak di Dusun Bandar

Kawalan Perosak Secara Fizikal (Kelambu Pokok) dan Mechanical (Gam Serangga)

  • Kawalan Secara Kimia
    • Kawalan ini ada dua jenis. Kawalan secara Kimia sintetik dan kawalan secara kimia organik.  Cara kimia sintetik adalah dengan cara racun kimia yang umumnya berbahaya seperti Roundap, Racun Tikus dsb.  Manakala kawalan secara organik adalah menggunakan bahan2 alami seperti Minyak Neem, Extract bawang Putih, Chili dsb.
    • Menggunakan Pheromon dan Hormon untuk menarik (umpan) atau mengusir perosak.
  • Kawalan secara Biologi
    • Contohnya memperkenalkan pemangsa yang tidak berbahaya kepada perosak.  Contoh Kucing untuk Tikus, Ladybug utk Aphids, Praying Mantis dsb.
    • Cara lainya adalah menanam pokok yang tidak di sukai oleh perosak berkenaan.  Contoh menanam kemangi berdekatan dengan pokok dsb.
    • Memberikan Booster kepada pokok untuk melindungi diri sendiri.  Seperti menggunakan OglioChitosan yang meningkatkan ketahanan pokok itu sendiri.
    • Kawalan secara genetik dengan mengubah genetik tumbuhan supaya lebih berdaya tahan terhadap penyakit dan perosak.
  • Kawalan secara Climate
    • Contoh paling mudah adalah menggunakan Green House dimana klimat di control supaya tidak sesuai untuk pertumbuhan perosak.
    • Di Dusun Bandar, pernah mengalami serangan Bena Putih di belakang daun Cermai.  Bena putih selalunya suka di tempat yang tiada pergerakan udara.  So climate itu di tukar dengan memastikan ada pengudaraan.  Caranya amat mudah, Pruning dengan kaedah ‘Open Center’.  Angin boleh bergerak melalui daun dan tidak terhalang.  So daun tidak akan lembab yang juga akan menghalang perkembangan Kulat Hitam pada daun. So, kawal climate dengan pruning dan beri pengudaraan untuk menghalang Bena Putih dan Kulapuk hitam pada daun.
    • Selain Pruning, cara lain adalah memindahkan pokok di tempat yang berangin.  Pindah kan juga ke tempat yang tidak teduh sekiranya di serang kulapok hitam.
  • Kawalan Secara Mechanical
    • Kawalan ini contoh meletakkan perangkap.  Seperti perangkap tikus, tupai, perangkap serangga, lalat buah dan lainya.
    • Mengeluarkan perosak tadi dari tanaman, seperti mengambil ulat beluncas menggunakan penyepit.
  • Kawalan Secara Fizikal

 

Kawalan Secara Budaya : Ajar anak2 bercucuk tanam dan menghargai tanaman

Kawalan Secara Budaya : Ajar anak2 bercucuk tanam dan menghargai tanaman

  • Kawalan Secara Budaya
    • Contoh mengajar anak kecil supaya tidak merosakkan tanaman.
    • Membuat penanaman bergantian jenis.  So perosak tidak sempat beranak pinak.
    • Mengubah cara penyiraman.  Kadang2 terlalu banyak air juga menarik perosak tertentu.
    • Mengganti variety pokok yang selalu dirosakkan dengan variety yang lain.

 

Secara umumnya kawalan bertindak dengan dua cara, iaitu Membunuh perosak atau Menghalang/Isolasi Perosak.

Pekebun Dusun Bandar
Leave a replyComments (-1)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.