Dusun Bandar

Auto Watering untuk Rumput Menggunakan Sprinkler System

Lawn Sprinkler Dusun Bandar

Lawn Sprinkler Dusun Bandar

Berbeza dgn Dusun Komersil, nilai estatika di Dusun Bandar sekitar rumah adalah penting.  Selain dari pokok yang cantik dan kemas, rumput juga memainkan peranan dan element penting di dusun bandar.  Unutk pokok kita boleh relay dengan Drip Irrigation, namun system ini tidak sesuai unutk rumput.  Maka sistem sprinkler digunakan.  Berikut ialah cara pengalaman dan tips menginstall Sprinkler system untuk Dusun Bandar anda.

Sprinkler System Installation

Berikut adalah Step2 yang saya lalui;

Sprinkler Dusun Bandar Gaderna T100, T200 & T300

Saya Pilih Model ni kerana mudah di dapati di IOI Mall dan paling best boleh adjust water spray dia, dari 20 degree to 360 degree.  Dalam kes kawasan saya, setting 360 deg, 180 deg 270 deg dan 315 deg.  Selain dari ini, saya juga ada install satu lagi sprinkler system untuk pokok herba.  [pullquote] Set Timer Berfungsi Sebelum Solat Subuh, Kerana Time tu Tekanan Air Masih Tinggi dan Matahari Belum Terbit.
[/pullquote] Yang itu pakai product Colibri je, lebih murah dan sesuai dengan keperluan.  Saya akan cover system utk sayuran ni di post akan datang.  Ini kerana keperluan air untuk herba dan sayuran berlainan dari Rumput dan Pokok.  Sayur harus di siram 2 kali sehari.  Sebelum terlupa satu TIPS penting, pastikan anda siram pokok sebelum Solat Subuh.  Ini kerana pada waktu tersebut, tekanan air masih kuat (org tak bangun lagi) dan kita siram pokok sebelum matahari terbit utk mengelakan air terwap kering oleh cahaya matahari sebelum sempat membasahi tanah.  Dan jangan siram pokok di awal malam kerana siram di malam hari boleh mengundang lumut dan kulat kerana air terlalu lama melekat di daun dan struktur bangunan.

Exit mobile version