Sistem Pengairan amat penting terutamanya untuk dusun bandar.   Sibuk dengan kerjaya, jalan jam; kehidupan hectic di bandar, maka Auto Watering ada element sangat penting dalam kejayaan Dusun Bandar.  Sistem yang di tunjukkan di bawah adalah sistem Auto Watering DIY yang dipasang sendiri.  Perhatikan gambar dan list barang adalah seperti berikut ;

Auto Watering Drip Irrigation
Auto Watering Drip Irrigation

Peralatan yang di beli dari 2 kedai di Seri Kembangan; RomatechAgro dan FormeNiaga.  RomaTechAgro adalah rekomendasi dari Bumi Hijau Nursery tempat saya beli kebanyakan pokok buah manakala FomeNiaga pulak adalah rekomendasi dari Pak Tam of Tin Putrajaya. tempat saya beli Tin VDS ‘Violette De Solliès Fig”.  List barangnya;
[ul type=tool]

  • 1 roll 16mm x 300m PolyPipe
  • 1 roll 1.2mm x 100m Kapilari hose
  • 100 unit Nipple One Way
  • 100 unit 1 GPM (Galon Per Minute) Dripper Bengkok
  • 10 unit 16mm Equal Tee (ET)
  • 10 unit 16mm Equal Elbow (EL)
  • 4 unit OT Valve (Male)
  • 4 unit End Cap.
  • 10 unit 16mm Equal Coupler (Beli Dari FomeNiaga)
  • 100 unit 2 Gpm Dripper Bengkok (Tak Pakai Pun – Beli dari Fomeniaga)
  • Karcher Water Timer Model WT 4 (Beli kat IOI HomePro)
[/ul]

 

Peralatan ni DIY sendiri dan siap selama 2 hari bekerja.  Part yang paling susah adalah memasukkan One Way Nipple dan Dripper Bengkok ke dalam Tiub Kapilari 1.2mm tu.  Tapi ada trick dia.  [pullquote align=left] Celup One Way Nipple dan Dripper ke dalam minyak masak. Lubricant tu memudahkan dua item ni masuk ke tiub kapilari.
[/pullquote] Celup One Way Nipple dan Dripper ke dalam minyak masak.  Lubricant tu memudahkan dua item ni masuk ke tiub kapilari.  Saya memasang ÍnLine 80 unit’ dan kesemua mengeluarkan air yang sepatutnya.  Tiada Pump yang digunakan, cukup pressure air paip iaitu lebih kurang 50PSI di rumah.  Setakat ini, setting dicuba dengan 15 Minit Auto Watering setiap 2 hari pada pukul 0700 pagi.  Setting timer ni di sesuaikan dengan keperluan pokok.  Takut over watering, mati pulak pokok tu nanti.

Kebaikan Drip Irrigation Auto Watering.

[ul type=info]
  • Air Direct ke kawasan sasaran… Akar.
  • Tidak Membazir.
    • Kuantit air kita yang kawal.
    • Frekuensi kita yang kawal.
    • Terus ke akar.
  • Kawasan kecil TerIsolasi boleh di siram dgn mudah.
  • Tidak Membasahkan Daun.  Baik utk pokok seperti Zaitun dan Tin.
  • Boleh upgrade menjadi Fertigation… (Campur Baja Dalam Air)
  • Dgn Cara yang Betul Pressure Air Rumah pun cukup.
  • Sangat Sesuai untuk Pokok Buah.  (Tidak utk Rumput)
  • Hakisan Tanah kurang.
  • Baja Mengalir ke tempat lain pun kurang.
  • Ianya Automatik
  • Sila Tambah kalau ada lagi …
[/ul]

Keburukan Drip Irrigation Auto Watering

[ul type=cross]
  • Initial Cost mahal sikit. – Timer Karcher tu pun dah RM 245.00.
  • Tidak Sesuai untuk Rumput.
  • Selalu Sumbat.  (Terutamanya kalau sistem Fertigation)
  • Terdedah ke UV.  Maybe, just maybe boleh hancur kalau tak tahan UV.
  • Hose terdedah.. Dimakan tikus???
  • Sila Tambah kalau ada lagi …
[/ul]

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

1 comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.