Pokok pandan adalah pokok wajib di tanam di rumah org2 melayu. Kegunaan pandan amatlah banyak dan rasanya semua orang sedia maklum. Namun begitu, di kebanyakan rumah yang menanam pandan selalu melupakan tips berikut :
Sila Prune/Pangkas Rimbunan Pokok Pandan Anda – (Unless anda business jual nasi lemak or guna pandan berguni)
Ya. Rimbunan pandan adalah sarang ular dan dah ada kes orang di patuk ular yang bersarang di rimbunan Pokok Pandan. Antara tips menanam pandan :
- Selalu pruning pokok pandan anda. Tinggalkan hanya 3 tangkai sahaja.
- Buang daun2 kuning dan berpenyakit.
- Apabila pandan dah mencapai tinggi pucuk ke tanah dalam 3 kaki, potong di pangkal dan biarkan tunas baru tumbuh. (So anda ada 2 lagi tangkai yang berdaun)
- Apabila tangkai 1 dah start berdaun, potong pula tangkai ke-2.
- Ulang untuk tangkai ke 3. So anda ada bekalan daun pandang sepanjang masa.
- Tidak memerluka baja sangat. Hanya di berikan sisa2 baja dari pokok2 lain.
- Akar pandan sangat aktif dan berserabut. Jauhkan dari paip kumbahan.
Untuk kegunaan sehari2 rasanya 3 dahan pandan sudah mencukupi untuk seisi rumah. Antara kegunaan Daun Pandan yang dah ramai orang tahu:
- Pewangi dan Perasa masakan dan kuih.
- Sebagai Pewarna dan penghias makanan.
- Bahan dalam bunga rampai.
- Dipotong2 untuk di tabur di atas kuburan.
- Simpan dalam 3 daun pandan untuk Menghalau lipas dalam almari dan mewangikan kereta.
- Dijadikan pewangi aromatik untuk kediaman.
Biodata Pokok Pandan Dusun Bandar.
- Nama lain : Pandanus amaryllifolius Roxb syn Pandanus odorus
- Tarikh Beli dan tanam : May, 2016
- Lokasi Beli : Nursery Green Family, Bandar Bukit Mahkota.
- Cara Membiak : Melalui batang.
-
Reason Menanam Pandan
- Sila lihat di atas.
- Browse gallery di atas post ini untuk melihat perkembangan pokok pandan di dusun bandar
Hello ! Saya TJ Yeoh) juga dari Banyan Close, saya peminat Dusun Bandar dan harap dapat melawat Dusun tuan. Tolong memberitahu bila masa sesuai untuk melawat. Terima Kasih
Any time … Will look for you in our BCRA WhatsApp Group.