Dusun Bandar

Pokok Epal Bidara di Dusun Bandar

Pokok Epal Bidara

Pokok Epal Bidara

Tips Menanam Pokok Epal Bidara :

Tips ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan sendiri. Tips2 akan di update berdasarkan pengalaman sepanjang penjagaan pokok ini.

Tips2 ini akan di update dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman sendiri dan pengetahuan baru.

Nama Pokok :
Epal Bidara

Asal Usul Pokok :
Ditanam Pada May, 2016.
Dibeli dari Nurseri Bumi Hijau Rawang. (Kalau contact En. Zaire, bagitau reference dari Dusun Bandar @ Banyan Close).

Jenis :
Pokok Buah

Kegunaan Buah:
Buahnya rasa dan serangup epal hijau.  Hanya kulitnya saja yang sedikit keras.

Bawalah peti ke Tanjung Bidara,
Jalan selisih dengan si ratu;
Ku pujuk hati ku ubat lara,
Ku cari kasih Dia Yang Satu.

(Jangan sibuk nak buang emak buang saudara sebab kasih manusia yang belum pasti.)

Kegunaan Daun:
No Idea.  Kalau anda tahu, sila la share kat komen.  Tapi ada yang kata digunakan daunnya untuk memandikan Jenazah.

Kegunaan Batang:
No Idea, Buat Kayu Api je kot. Kalau anda tahu, sila la share kat komen.

Kegunaan Akar:
Tak tau dan tak ada plan nak korek akar dia.

Reason Tanam :
Pokok ni cepat berbuah.  Dan nak pastikan ada buah di Dusun Bandar.  Dan Pokok ni glamour di kalangan masyarakat Melayu.
Bunga epal bidara ni walaupun kecil2 tapi wangi.

Exit mobile version