Tips Menanam Pokok Zaitun :
Tips ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan sendiri. Tips2 akan di update berdasarkan pengalaman sepanjang penjagaan pokok Zaitun ini.
- Pokok Zaitun perlukan cahaya yang banyak. So, tanam di tempat yg paling mendapat cahaya di kawasan rumah anda.
- Pokok Zaitun adalah pokok yang berupaya hidup beribu2 tahun. So plan dimana pokok itu akan hidup selamanya.
- Pokok Zaitun kira pokok unik. Oleh itu, tanam di tempat di mana dapat dilihat direct dari ruang tamu. Boleh borak pasal pokok Zaitun kalau dah habis modal.
- Saya percaya pokok zaitun yang cantik boleh membantu meningkatkan harga property anda, tanam di tempat strategik.
- Pokok Zaitun banyak di tanam di kawasan 4 musim. So assume, Daunya pasti tidak suka dibasahi. So penyiraman drip/tetes terus ke tanah amat sesuai.
- Setting drippers (Drippers 0.5 gallon per Hour x 30 minit x
Setiap 3 HariSelang 1 Hari). Eksperiment selang 3 hari tidak sesuai, kelihatan pokok layu pada hari ke 3. - Tanam di kawasan yang tidak menakung air.
Berikut detail2 tentang Pokok Zaitun Turkey di Dusun Bandar.
Nama Pokok :
Pokok Zaitun Turkey
Asal-Usul Pokok:
Ditanam Pada May, 2016.
Di beli dari Nursery Bumi Rawang (Kalau contact En. Zaire, bagitau reference dari Dusun Bandar @ Banyan Close). Ketika beli pokok hanya setinggi 6 inchi dan baru di semai En. Zairee of Bumi Hijau Nursery keberatan menjual kerana pokok belum stabil. Tapi saya insist dan memberi jaminan pokok ini akan saya jaga dengan baik dan bertanggung jawab.
Jenis :
Pokok Buah
Kegunaan Buah:
Rasa buah fresh dari pokok adalah kelat dan sangat tak sedap. Buahnya hanya Dimakan selepas di jadikan Jeruk. Dihidang dalam salad atau sebagai apetizer masin.
Di perah dan di ambil minyaknya. Kalau setakat tanam Sepokok, lupakan saja lah pasal nak perah minyak.
Kegunaan Daun:
Daun boleh di jadikan teh dan sudah menjadi amalam berabad lamanya.
Kegunaan Batang:
Buat tasbih (Btw, saya percaya antara tasbih kayu zaitu, plastik or urat tangan = tiada beza keberkatannya)
Buat Kayu Api.
Kegunaan Akar:
Tak tau dan tak ada plan nak korek akar dia.
Reason Tanam :
Sebab Pokok Unik dan jenis Saka, Tahan bertahun2.
Dan Yang Maha Berkuasa telah bersumpah di atas nama Pokok ini – Al-Quran [95:1] . Mesti ada sesuatu kelebihan di situ.
Cabaran So Far :
Pokok Lambat membesar.
Harus Menambah ilmu dalam menanam pokok Unik ni.
Skrol gambar2 di atas untuk perkembangan pokok semenjak selepas tanam.
Add comment