Berikut adalah 4 jenis alat berkebun yang harus ada.  Keperluan ini berdasarkan saiz Dusun Bandar anda dan juga keperluan peribadi sendiri.  Ada yang suka bergaya/berfashion dalam berkebun so terpulang la masing masing.  Tapi asasnya seperti berikut;

Peralatan Asas Berkebun

Alat Berkebun Paling Asas. (Hand Trowel, Pruner, Sprayer, Penyiram)

A. Mini Kebun (Tanah kecil dan Pasu)

  1. Scope tangan – Hand Trowel
  2. Gunting Pangkas – Pruner
  3. Alat Penyiram atau Hos penyiram.
  4. Spray Tangan (1-5 Liter)
Peralatan asas untuk Mini Kebun

Alat Berkebun untuk saiz Mini.

B. Kebun Kecil.

  1. Scope tangan – Hand Trowel
  2. Penyodok – Shovel
  3. Gunting Pangkas – Pruner
  4. Gunting Pangkas Dahan Besar – Lopper
  5. Alat Penyiram atau Hos penyiram.
  6. Spray Tangan (1-5 Liter)
  7. Spray (5-20 liter)
  8. Penggali Tanah (Cangkul atau Bujak)
  9. Kereta Sorong. Org Bugis kata ‘Keroba’
Baja dan Racun Asas Dusun Bandar

Baja dan ‘Racun’ Asas Dusun Bandar.  (Minyak Neem, OgliChitosan, Extract bawang Putih, Baja Phospat, Agen Pengakar, Baja Control Release Oni-San etc)

C. Baja dan Racun

  1. baja Organik Sarjani. – Untuk stimulate Mikrob
  2. Baja Organik Black King Kong. – NPK 9:9:9 + Mg + TE
  3. Pati Bawa Putih.
  4. Minyak Neem.
  5. OglioChitosan
Stor Penyimpanan Barangan

Stor Penyimpanan Barangan

D. Stor Penyimpanan

  1. Stor Racun dan Baja / Atau Bahagian racun dan Baja
  2. Stor Peralatan lain.

 

E. PPE Berkebun (Personal Protective Equipment) 

  1. Topi Pekebun.
  2. Pakaian Berkebun. Pakaian yang lasak termasuk apron & Kasut.
  3. Tali Pinggang berkebun.
  4. Sarung Tangan
  5. Kaca Mata Hitam (Kalau tak tahan silau)
Peralatan 'Lengkap' untuk Dusun Bandar

Peralatan ‘Lengkap’ untuk Dusun Bandar

F. Lain2 Basic to ‘Advance’

  1. Pemotong Rumput
  2. Blower
  3. Penyapu
  4. Tong Sampah
  5. Composter – DIY Modified Tong Sampah
  6. Gergaji
  7. Kayu untuk stacking.
  8. Tali
  9. Parang/Kapak
  10. Penabur Baja
  11. Agen Pengakar.
  12. Plastik Cantuman Baji
  13. Beg Plastik Tanah
Baja dan Racun di simpan di tempat selamat

Baja dan Racun di simpan di tempat selamat

Beberapa Tips Penting dalam Peralatan berkebun;

  1. Kalau ada budget beli yang tahan karat.  Galvanized atau Stainless Steel.
  2. Beli yang berkualiti baik. Akan tahan lama dan berbaloi dalam jangka masa panjang.
  3. Ikut keperluan dan kemampuan anda. Jangan ikut orang.  Kemampuan bermaksud, kemampuan kewangan dan kemampuan ruang utk simpanan.  Beli banyak tapi tak pakai pun tak guna.
  4. Beli yang simple tapi functional.  Bukan yang complicated dan canggih tapi susah nak pakai.
  5. Re-use dan re-purpose.  Contoh, bekas cat boleh di gunakan sebagai baldi dan Pasu plastik sebagai alat menyimpan handtools.
  6. Dermakan or Jual barang tak terpakai.
  7. Belajar tentang safetydalam mengendalikan peralatan tajamdan penyimpanan Racun.
  8. Ajar anak2 tentang safety tadi dan basic2 berkebun.

 

Pekebun Dusun Bandar
Leave a replyComments (2)
  1. Izham 06/02/2017 at 08:50

    Wah! Terbaiklah tuan. Lengkap! Saya sendiri pun tidak ada kelengkapan seperti tuan. Hanya cangkul, sudip tangan, serampang tiga mata, dan penyembur tekanan tinggi.

    Sikit sikit saya kumpul beli berdasarkan keperluan seperti yang tuan katakan.

    ReplyCancel
  2. Pekebun Dusun Bandar 06/02/2017 at 21:05

    Betul tu. Beli ikut keperluan. Bukan beli ikut orang.

    ReplyCancel

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.