Ini adalah sebahagian jawapan kepada soalan Kenapa menanam pokok terutamanya di rumah bandar;
- Menanam pokok Sebagai Shades, so bahang dari pagar konkrit tu tak ada lah direct ke rumah.
-
Jimat tak payah beli buah.
- Kadang2 salah, sebab kos menanam and maintenance lebih mahal dari beli buah kat pasar.
- Kadang2 salah, sebab buah ada risiko tak menjadi, berulat tak sempat di makan, lupa nak petik, malas nak makan, tak kena selera pada hari tersebut.
-
Sebagai tanam hiasan juga, buah jambu strabwery contohnya, cantik berwarna merah macam bunga.
- Kadang2 salah, contoh tanam belimbing buluh, daun gugur sangat banyak dan menambahkan kerja pembersihan.
-
Mengurangkan kesan rumah hijau.
- Tahukah anda Penyumbang terbesar O2 di dunia? >> The Ecology Global Network claims that all marine plants (including phytoplankton) together produce 70 to 80 percent of the oxygen in the atmosphere.
-
Sebagai medium exercise, berkebun ni mengeluarkan peluh.
- Kadang2 salah, sebab bila malas datang, hire bangla, pakistan or indon pi settle taman.
- Rasa selamat sebab tau tahap racun yang di gunakan. Buah kat market, mulus bersih macam plastik. Lalat buah pun takut nak makan. Manusia je berani makan.
- Sebagai aktiviti berpaedah, lebih baik dari main game depan komputer (dussh, kena kepala sendiri)
- Boleh ajar anak2 tentang pokok. Anak2 la ni, pokok kelapa sawit n kelapa pun tak boleh beza.
- Berbakti pada tanah, dapat pahala bagi tupai makan.
- Sebagai ‘conversation starter’ kalau tamu datang rumah. Tanam le pokok yang unik sikit. Cth, Anggur Brazil, and pastikan anda tau semua jenis pokok yg anda tanam. Khasiat, kegunaan, rasa dan masalah.
- Kepada yang dah pencen, aktiviti ini merangsang otak dan badan. Insya Allah boleh sentiasa sihat dan bertenaga.
- Pokok cantik boleh membantu meningkatkan harga rumah.
- Membantu melestarikan alam sekitar. Contoh, pokok yang betul menarik serangga tertentu. Membantu kelestarian species berkenaan. Apa lagi yang bernilai komersil seperti kelulut.
- Membantu bersosial dengan lebih efektif dan produktif. Contoh menjadi ahli group Facebook Tangan Hijau, Kebun Bandar dan Dusun Bandar. (Better dari bergossip)
Tapi akhirnya, orang nak kata or bagi tau apa pun, hujung2nya KEPUASAN DIRI SENDIRI…
Add comment