Selepas banyak kegagalan; ini adalah teknik terakhir yang dicuba menggunakan sisa-sisa biji benih Lavender jenis Munstead Strain, Hidcote & French Ice.  Jika anda ingat, biji benih semua ni di beli dari Mr. Fothergills UK sometimes january 2017.  Cara tanam lavender di Iklim Tropika Malaysia memang mencabar dan banyak dah kegagalan yang di temui.  Cara2 yang setakat ini kurang berjaya adalah;

  1. Tanam Direct ke tanah
    • Result : Semua tak tumbuh.
  2. Dry Cold Stratification dalam peti ais selama 30 hari dan kemudian tanam direct ke tanah
    • Result : Dari berpuluh2 hanya 3 batang yang hidup segan mati tak mau.

Berikut adalah cara terakhir yang di cuba.  Ada la sikit sisa2 biji benih untuk experiment ini;

Benih Lavender di atas tisu basah bersama label

Benih Lavender di atas tisu basah bersama label

  1. Biji benih yang sedia ada telah berada dalam peti ais hampir 4 bulan !!!!
  2. Letak tisu basah dalam bekas Plastik Nasi Ayam.
  3. Tabur biji benih Lavender.
  4. Labelkan biji benih.
  5. Letak lagi selapisan tisu basah di atas biji benih.
  6. Tutup bekas plastik dan letakkan dalam peti ais.  (Jangan letak dalam freezer)
  7. Tunggu selama 30-40 hari.  Dalam kes ni, lepas Raya la kot baru buka.

 

Benih Lavander dalam Peti Ais

Benih Lavander dalam Peti Ais – Simpan selama 30-40 hari

Planning utama nak jadikan Lavender ni pokok pagar (Hedges).  Daun dan bunganya memang wangi.  Sekiranya berjaya dan boleh acclimatize di Malaysia Insya Allah akan saya sharekan dengan tetamu2 untuk menyebarkan benih bunga unik dan wangi ini. Di bawah ni di tunjukkan bagaimana setelah hampir 5 bulan menanam dengan pelbagai cara, hanya 3 batang je yang hidup.  Itu pun nyawa2 ikan je.  Salah satu lagi iaylah kerana antara bulan januari sampai March, cuaca Malaysia adalah sangat Lembab dan lavender benci tanah yang basah berpanjangan.  Tapi kalau 3 ni boleh hidup, ini adalah STRAIN paling kuat dan mudah2an boleh hidup lagi dengan nyawa yg lebih panjang.

Lavander Tanam Direct

Lavander Tanam Direct

Antara tips2 utama menanam lavender termasuk lesson learnt;

  1. Benih lavender memang perlukan ‘cold stratification‘ process sebelum di tanam.
  2. Tanam Direct tanpa Cold Stratification pasti (90%) gagal. (Dari beratus mungkin seribu lebih benih hanya satu je yg hidup seperti dlm gambar di atas)
  3. Tanam Direct dengan Cold Stratication i would say kejayaan 5%. (UPDATE – as of hari ini 16th Sept, 2017) satu pun tak hidup.
  4. Lavender tak suka tanah yang sentiasa basah.  Tanam dalam tanah liat pasti gagal.

 

Akan saya update lagi jika kaedah di Wet and Cold Stratification ini berjaya.

Pekebun Dusun Bandar
Leave a replyComments (2)
  1. Adam77 04/10/2018 at 11:43

    Berbeza strain lavender, berbeza tempoh “cold stratification” yang diperlukan. Contohnye, Hidcote blue perlukan 8 minggu untuk 70% kejayaan percambahan berbanding hidcote superior dan ellagence pink yang hanya perlukan 6 minggu tempoh “cold stratification” dengan peratus kejayaan percambahan yang sama. Walaubagaimanapun, memanjangkan lagi tempoh “cold stratification” membuktikan lebih tinggi peratus kejayan percambahan. (8 – 10 minggu adalah tempoh yang idealg. Tentang suhu yang sepatutnya digunakan utk “cold stratification” lavender adalah 4C. (Atas takat beku). So kalau matikan peti ais setiap malam untuk jimatkan elektrik secara jelas “intervene” proses cold stratification. Lagi satu, biji lavender bertindak balas secara positif dengan gibberellic acid/gibberellin – mempercepatkan lagi percambahan, boleh tanpa cold stratification. Namun, kepekatan yang ideal utk lavender, terutamanya lavandula angustifolia tidak diketahui. Kalau silap langkah, contohnya kepekatan larutan gibberellic acid yang terlalu tinggi daripada kepekatan yang biji lavender mampu “tolerate” akan menyebabkan “Gibberellin intolerance” oleh biji lavender yang direndam di dalam larutan gibberellin tersebut- maksudnya biji lavender tidak akan mmpu memanfaatkan kehadiran gibberellin (yang disediakan secara manual mahupun yang dihasilkan oleh biji lavender sendiri) seterusnya menyebabkan dormancy (x pasti permenant @ tidak)- (tempoh ideal utk merendam biji lavender adalah 24 jam). Tentang kelembapan yang diperlukan oleh lavender, untuk proses percambahan, lavender memang perlukan banyak air, tetapi dalam proses membesar dan membunga, perlu kurangkan sedikit.

    ReplyCancel
  2. Adam77 04/10/2018 at 11:50

    So kalau lavender dibiarkan kene air hujan kat luar rumah, digalakkan muhasabah diri. Haha. Suhu ideal untuk lavender sepatutnye x sampai lebih 32C. Tetapi perlukan cahaya matahari. So, perlukan matahari penuh dengan suhu 18 – 28 C (matahari terik tapi udara nyaman- separa sejuk) kalau nak buat hedge lavender.

    ReplyCancel

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.