Bahagian ini amat penting diketahui dalam proses mengubah MINDSET dalam memulakan Dusun Bandar anda Sendiri. Ini kerana pengetahuan tentang pokok buah kebanyakan orang berpicu kepada pengetahuan dusun komersil. Wal Hal, Konsep Dusun Bandar itu sendiri adalah jauh berbeza dari Dusun komersil Tradisional.
Ciri2 | Dusun Bandar | Dusun Komersil Tradisional |
---|---|---|
Objektif | Isi Masa Lapang, Hobi, mencantikan rumah, tanam buah yg anda suka makan, jimat kos | Memaksimumkan profit. |
Kuantiti Hasil | Buah yang dihasilkan CUKUP untuk seisi rumah. | Buah yang dihasilkan sebanyak mungkin maximum profit. |
Kualiti Hasil | Anda tentukan kualitinya sendiri. | Buah harus tahan semasa transport, penyimpanan dan comply standard. |
Tuai Hasil | Hasil dituai sepanjang tahun dari pelbagai jenis pokok. | Penuaian dalam masa tertentu dan SEKALI GUS kerana lebih ekonomik. |
Kuantiti Pokok | satu atau 2 pokok dari satu species. | Satu Species dalam kuantiti yang maksimum |
Saiz pokok | Sekecil mungkin utk memudahkan anda dan mengeluarkan hasil yg cukup2. | Seoptimum mungkin untuk menghasil buah semaksimum mungkin. |
Jarak pokok | Serapat mungkin untuk mendapatkan kuantiti yang banyak dan mengawal pertumbuhan. | Jarak bergantung cara penuaian. kalau pakai jentera jarak lebih jauh. |
Jenis Pokok | Pokok yang menghasilkan buah yang ANDA suka makan. | Pokok yang menghasilkan buah yang ORANG RAMAI suka makan. |
Saiz Ruangan | Ikut saiz halaman rumah anda. | Saiz dusun ber-ekar2 |
Maintenance | Anda lakukan sendiri dibantu ahli keluarga. | Anda dan pekerja. |
Jenis Racun/Baja | Anda pilih sendiri. Organik atau cara lain. | Racun yang paling efficient. Buah yg di hasilkann kadang2 mcm plastik. |
Lagi ?? | … | … |
Apabila kita sudah menerima adanya jurang perbezaan yang jauh diantara keduanya, anda sendiri boleh menambah list di atas.Mungkin ada lagi yang boleh anda tambah. [pullquote align=left]
Kita boleh follow serba sedikit ‘Good Practice’ dari Dusun Komersil dan implement di Dusun Bandar.
[/pullquote] Satu tips saya adalah, walaupun ada jauh perbezaan antara Dusun Bandar dan Dusun Kommersil, namun ada beberapa ‘Good Practices’ dari dusun komersil yang boleh kita follow. Contoh, jika anda menanam anggur, cuba buka and googleGrape Orchard, di situ anda boleh melihat bagaimana cara membuat trellis, keadaan buah anggur, dan paling penting bagaimana rupa buah anggur ketika sudah berumur lama. Anda boleh plan bentuk pokok dan imagine keadaan pokok anda selepas bertahun2 berdasarkan gambar tadi. Dusun Komersil ni sudah punya lesson learnt yang banyak dan mereka lebih fokus kepada Optimization dalam semua process mereka.
UPDATED
Dusun Komersil Moden juga telah mengadoptasi High Density Planting. Sebagai salah satu process mengoptimumkan pengeluaran dan dalam masa yang sama memudahkan proses menuai.
Add comment