Tips Menanam Pokok Mulberry Lokal, Pokok Mulbery Panjang dan Pokok Mulberry Putih:
- Pokok Mulberry Senang nak tanam. Potong, letak agen pengakar dan cucuk kat tanah… SIAP !
- Pokok tahan dan tak banyak musuh. Kulat hitam selalu menyerang. Kalau di serang just togelkan daunnya.
- Letak Baja Buah.
- Cantas sampai togel untuk pokok mengeluarkan Buah. Selepas buah habis di makan. Togelkan lagi. Ulang selagi berasa nak makan Mulberry.
- Untuk bekalan yang berterusan, tanam 3 pokok. Cantas setiap pokok selang sebulan.
Dari Kesemua TIPS ni, tips berikut adalah yang paling PENTING :
[alert] Cantas Sampai Togel untuk menggalakkan buah. Selepas habis berbuah, Cantas lagi sampai Togel. ULANG selagi nak makan buah mulberry.[/alert]
BIODATA Pokok2 Mulberry di Dusun Bandar.
- Nama lain : Morus Sp.
-
Tarikh Beli dan tanam :
- Mulberry Local June, 2016, Laman Bumi Hijau Rawang. (RM 12.00 / pokok)
- Mulberry Putih Dec, 2016 During MAHA 2016 (RM 60.00 / pokok)
- Mulberry Panjang Pakistan Nov, 2016 di Nursery Dusun Hew Kajang (RM 80.00 / pokok)
- Lokasi Beli : Laman Bumi Hijau Rawang, MAHA 2016 & Nursery Dusun Hew Kajang
- Cara Membiak : Keratan Batang
-
Reason Menanam Pokok Mulberry.
- Senang nak jaga.
- Sentiasa Berbuah.
- Banyak Kegunaan lain.
- Buah Sedap
-
Kegunaan dan Khasiat :
- Daunnya boleh dijadikan sayur atau di goreng sebagai kerepak.
Projek Mulberry 3-in-1
Objektif adalah mendapatkan pokok 3 in 1. iaitu gabungan pokok mulberry lokal + Mulberry Putih + Pakistan Long Mulberry. Pokok Mulberry lokal dijadikan sebagai pokok induk kerana i lebih tahan penyakit. Berikut ialah hasilnya:
Beberapa Lesson Learn dari projek okulasi ini :
- Selepas melakukan graft/okulasi, pastikan serkup dengan plastik untuk mengurangkan kehilangan air. Ada beberapa pucuk mati kerana kekeringan akibat kepanasan.
- Lakukan graft/okulasi pada waktu senja. Okulasi pertama di lakukan pada waktu tengah hari menyebabkan pucuk layu.
- Pucuk yang di pilih biarlah ada banyak tunas, kerana jika ada satu tunas je, jika pucuk mengering ia akan mengering hingga ke tunas seterusnya. So multiple tunas boleh membantu lebih sukses. Jika tunas pertama mengering perlahan2 harapan sebelum sampai ke tunas ke-2, akan tumbuh pucuk di tunas ke-2.
- Post ini akan di update especially gambar2 di galeri di atas. Sila datang dan lawat semula from time to time.
Mulberi perlu sentiasa di cantas untuk sentiasa berbuah