Pokok pandan adalah pokok wajib di tanam di rumah org2 melayu.  Kegunaan pandan amatlah banyak dan rasanya semua orang sedia maklum.  Namun begitu, di kebanyakan rumah yang menanam pandan selalu melupakan tips berikut :

Sila Prune/Pangkas Rimbunan Pokok Pandan Anda – (Unless anda business jual nasi lemak or guna pandan berguni)

Rimbunan Pandan Sarang Ular
Rimbunan Pandan Sarang Ular

Ya.  Rimbunan pandan adalah sarang ular dan dah ada kes orang di patuk ular yang bersarang di rimbunan Pokok Pandan.  Antara tips menanam pandan :

  • Selalu pruning pokok pandan anda.  Tinggalkan hanya 3 tangkai sahaja.
  • Buang daun2 kuning dan berpenyakit.
  • Apabila pandan dah mencapai tinggi pucuk ke tanah dalam 3 kaki, potong di pangkal dan biarkan tunas baru tumbuh.  (So anda ada 2 lagi tangkai yang berdaun)
  • Apabila tangkai 1 dah start berdaun, potong pula tangkai ke-2.
  • Ulang untuk tangkai ke 3. So anda ada bekalan daun pandang sepanjang masa.
  • Tidak memerluka baja sangat.  Hanya di berikan sisa2 baja dari pokok2 lain.
  • Akar pandan sangat aktif dan berserabut.  Jauhkan dari paip kumbahan.

 

Untuk kegunaan sehari2 rasanya 3 dahan pandan sudah mencukupi untuk seisi rumah.  Antara kegunaan Daun Pandan yang dah ramai orang tahu:

  1. Pewangi dan Perasa masakan dan kuih.
  2. Sebagai Pewarna dan penghias makanan.
  3. Bahan dalam bunga rampai.
  4. Dipotong2 untuk di tabur di atas kuburan.
  5. Simpan dalam 3 daun pandan untuk Menghalau lipas dalam almari dan mewangikan kereta.
  6. Dijadikan pewangi aromatik untuk kediaman.

 

Biodata Pokok Pandan Dusun Bandar.

  • Nama lain : Pandanus amaryllifolius Roxb syn Pandanus odorus
  • Tarikh Beli dan tanam : May, 2016
  • Lokasi Beli : Nursery Green Family, Bandar Bukit Mahkota.
  • Cara Membiak : Melalui batang.
  • Reason Menanam Pandan
    • Sila lihat di atas.
  • Browse gallery di atas post ini untuk melihat perkembangan pokok pandan di dusun bandar

 

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

2 comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.