Tukar IC Anak ke IC Sabah atau Sarawak – Panduan Lengkap

Berikut adalah Panduan Tukar IC (Kad Pengenalan) anak yang lahir di Semenanjung ke IC Sabah atau Sarawak.  Artikel ini di tulis berdasarkan pengalaman penulis menukar IC anak dan IC sendiri ke IC Sabah di JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) Putrajaya pada 18th September, 2018.  Penulis menegaskan dan tidak bertanggungjawab terhadap kesan dari tindakan ini dah pembaca di minta membuat penilaian sendiri.  Penulis yakin proses yang sama untuk mereka yang berasal dari Sarawak.

Tukar IC anak ke IC Sabah or Sarawak
Tukar IC anak ke IC Sabah or Sarawak

PERSEDIAAN

  • Fahami Kebaikan dan Keburukan menukar ke IC Sabah.  (Kalau anda tahu, silakan share di bahagian komen)
  • Sekiranya IC sekarang ada Nilai Touch & Go, Habiskan dulu.  untuk IC anak dan emak/bapa yg Sabahan.
  • Pakai kemas2 dan make-up cantik2 sebab nanti nak ambil gambar untuk IC baru.
  • Datang awal. Sebab IC siap satu jam.  Target jadual perjalanan Buat IC, Lunch dan Ambil IC.
  • Anak & Emak/Bapa Sabahan Perlu Hadir.
  • Wang Pengurusan.  Dalam proses saya RM 24.00.  Kerana IC saya sendiri belum ada INDIKATOR H.  Jadi perlu di tukar juga.

 

DOCUMENT YANG DIPERLUKAN

  • IC Asal/Original Emak/Bapa yang Sabahan
  • Surat Lahir Asal/Original Emak/Bapa yang Sabahan.
  • IC Asal Anak
  • Surat Lahir Asal/Original Anak.

 

PROSES DAN PERJALANAN

  1. Datang awal.  Lokasi JPN Putrajaya adalah di sini >> JPN Putrajaya
  2. Parking di kawasan yang di sediakan di sini >> Parking JPN
  3. Terus ke KAUNTER NOMBOR di Aras 2 bahagian Kad Pengenalan.
  4. Beritahu ‘Mahu menambah INDOKATOR H (Sabah) atau K (Sarawak) dan tunjukkan dokumen asal yang anda bawa.
  5. Ambil Nombor dan tunggu di aras yang sama sehingga nombor anda di panggil.
  6. Selepas di Panggil anda akan diberikan borang untuk di Isi.  Saya Isikan menggunakan alamat Sabah kerana mahukan alamat yang tertulis di kad pengenalan adalah alamat Sabah.  Nanti kita boleh update alamat dalam cip.
  7. Proses buat IC baru untuk anak dan saya bermula.  Ambil gambar dan cop jari.  Bayar RM 10 untuk setiap orang.
  8. Diberi Resit dan di suruh tunggu 1 jam.  Di JPN Putrajaya, hanya perlu 1 jam untuk menyiapkan IC anda.  So, pegi minum2 bagi nasihat kat anak tips2 dan kelebihan jadi pemegang IC Sabah.
  9. Selepas 1 jam, bawa resit yang di berikan ke Kaunter 23 di aras yang sama dan tunggu sehingga nombor yang sama di panggil.
  10. Sewaktu serahan IC, beritahu pegawai anda nak Update Alamat Terkini DALAM CIP. Bermaksud di luar masih printed alamat Sabah tapi dalam cip nanti dah update alamat terkini.  So kalau berurusan dengan Bank atau kerajaan nanti senang tak payah isi2 borang update lagi.
  11. Pegawai akan memberikan borang untuk anda Kemaskini Alamat dalam Cip.  Buat untuk anda dan Anak sekali.  so bayar RM 2 x 2 = RM 4.
  12. IC di serahkan dan check lagi butiran2.  Ucapkan terima kasih kepada pegawai dan bagi 5 BINTANG untuk servis yang mengkagumkan di JPN Putrajaya.

 

Anak yang lainnya masih memegang MYKID jadi belum perlu tukar kata pegawai.  Tapi kalau ada antara pembaca yang dah tukar, boleh share pengalaman.  Kalau boleh saya pun nak try tukar, so balik kampung tak ade lah nak berbaris di Immegresen.  Biar emak dioarang je yang berbaris 🙂

16 comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  • Hi sis! I need your response😭 kalau mcm saya umur dah 24 tahun pun kena bawak parents ke atau document parents sabah?

  • Macam mana ya kalau bapa dia semenanjung emak dia Sabah.. Anak dpt ic ada huruf H ka? Please bagu saya jawapannya 🙏☺️

  • hai,tumpang tanya kalau org sabah genap 12 tahun boleh ka buat ic di johor? FIRST TIME MAU BUAT

  • Tumpang tanya, selepas tambah indikator H/K, yang digit tengah tengah dekat IC tu akan tukar kepada 12, 47, 48, 49 untuk H ataupun 13, 50, 51, 52, 53 untuk K ke? Atau akan maintain jer 10 untuk Selangor sebab anak dilahirkan di Selangor?

    • Digit tengah tak tukar.. cuma indikator tu saja ditambah di hujung ic

  • Saya lahir selangor, mak bapak sabah. Keburukan yg saya nampak dan ketara lepas saya baru buat H ni kebetulan nk apply passport, apa2 urusan first time register kebanyakannya kena buat urusan hari bekerja saja, dan perlukan proses 5 hari utk jpn sabah luluskan. benda mcm ni mak saya dah kena sejak azali lagi, lagi2 dgn org kampung susah duk pedalaman takde akses ke jpn dulu2, kena ulang alik jpn putrajaya dgn sabah utk luluskan ic biru mereka. kesimpulannya, kalau anda org sabah, anak lahir semenanjung, jgn lah gatal2 nak letak H semata2 nk tunjuk ke’sabahan tu. korang yg merana nk ulang proses makan masa bagai ni. jpn pun satu hal, sistem data patut dicentralize/disatukan, bukan berpecah semenanjung dgn borneo. ingat sabah tu mcm jb-singapore jaraknya, semata2 gi sana habis hampir 1k demi tanda tgn dgn cop jari je. done luah perasaan

    • saya pun dah risau ni walaupun anak masih 7 bulan. tapi suami plan nak buat ic dia kt sabah nanti. thank u ye sebab komen awak ni bolela saya tunjuk kat suami saya

  • kalau bapa sabahan,mak sarawakian,anak lahir di sabah(mykid tgh 12) boleh kh kalau buat mykad anak di jpn sarawak?

    • iya boleh jer..masa tukar mykad nanti jpn akan tanya mau K atau H. sebagai contoh anak2 sy lahir di semenanjung..digit 16 (putrajaya)..bapa sarawak ibu sabah…mykid buat di jpn putrajaya…then skrg mykad (umur 12thn) buat di utc/jpn sabah..takda masalah..

  • saya asal sabah ,saya pernah kehilangan ic dekat johor ,so saya buat ic dekat johor lepas tu saya tak perasan dekat ic saya tiada huruf H ,,jadi apa perlu saya buat ?