Selepas kejayaan Cantuman Baji (grafting, okulasi) Mulberry 3-in-1 (Lokal + Panjang + Putih); Sempena Thaipusam tahun ni, dilakukan Cantuman Kelor + Mulberry Panjang.  Berikut adalah gambar selepas complete cantuman:

Cantuman Kelor Berbuah Mulberry

Cantuman Kelor Berbuah Mulberry

Oleh kerana sifatnya Eksperiment, maka Pokok kelor (Rootstock) di pilih kerana pokok ni cepat membesar.  Pucuk Mulberry (Scoin) pula di pilih kerana pucuk tu je ada kat Dusun Bandar setakat malam Thaipusam ni.  Namun begitu saya juga telah membuat cantuman Chili dengan jenis jenis lain.  Tujuan utama eksperiment ini adalah :

  • Sifatnya Eksperiment dan sepenuhnya sebagai kepuasan hati.  Kecik2 dulu rajin buat cantuman untuk bunga kertas.  Sampai satu pokok ada dekat 20 jenis bunga.
  • Untuk membakar semangat rajin berkebun.  Benda unik2 ni seronok melihat perkembangannya.
  • Membantu mempelbagaikan jenis buah dalam ruang yang sedikit.  Bayangkan satu pokok ada 40 jenis buah …
  • Membantu jangka hayat pokok.  Yes, ini tujuan utama saya buat cantuman Chili.  Chili biasa hanya hidup selepas 3 kali tuai.  Tapi chili kampung hidup sampai bertahun2.  Kawan saya baru je memberikan benih chili kampung yang katanya pokok tu dah 20 tahun hidup belakang rumah dia… Bayangkan kalau berjaya cantuman Chili kampung dengan variety seperti Carolina Reaper, Bhut Jolokia & Brain-X …
  • Membantu ketahanan penyakit. Pokok yang tahan penyakit di jadikan RootStock kepada pokok2 lain.
Plastik Ais Krim 1Malaysia, Laboratory Parafilm, Pisau dan gunting. Peralatan Cantuman Baji.

Plastik Ais Krim 1Malaysia, Laboratory Parafilm, Pisau dan gunting. Peralatan Cantuman Baji.

Peralatan utama yang digunakan untuk membuat cantuman:

  • Pisau Tajam
  • Plastik AIs Krim 1Malaysia
  • Gunting Pangkas
  • Laboratory Film. – Beli Plastik Cantuman dari Formeniaga. (Dulu pakai plastik bungkus buah.  Susah nak melekat. Yang ini amatlah mudah.  Harga mahal sikit RM 130 satu rol 125ft)

Beberapa Tips Membuat Cantuman:

  • Buat cantuman pada waktu petang.  Untuk elakkan kehilangan air akibat panas.
  • Tutup dengan plastik ais krim 1Malaysia untuk mengurangkan kehilangan air.
  • Pilih media pucuk yang sihat. (Rootstock = Induk, Scoin – Pucuk)
  • Pastikan Pisau Tajam.
  • Pastikan peralatan bersih.
  • Kalau bisa pilih pucuk yang sama saiz, kalau tak ada tak pa, just pastikan rapat di satu sisi.
Warning! Secara Teori Cantuman akan berjaya jika RootStock & Scoin dari kumpulan tumbuhan yang sama. Cth, citrus sesama citrus dsb. Dlm Kes Kelor + Mulberry … Wallahualam…

Nama Projek Cantuman yang dah ada dalam perancangan :

  • Mulberry 3-in-1
  • Chili 20 tahun
    • Rootstock = Chili kampung + Scoin = Chili from the Rest of the world.
  • Pokok Salam berbuah 40 jenis
    • Rootstock = Pokok Salam + Scoin = What ever i can find.
  • Citrus Frankenstein.
    • Rootstock = Limau Kasturi + Scoin = What ever Citrus i can find.
  • Kelor ajaib
    • Rootstock = Kelor + Scoin = Apa2 Pucuk Je sebagai Eksperiment

Dari masa ke semasa saya akan updatekan lagi.  Untuk bacaan seterusnya di persilakan melihat video ini yang menunjukan kaedah lain, iaitu Bud Grafting.

 

Pekebun Dusun Bandar
Leave a reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.