Tips Menanam bunga harum sedap malam atau sundal malam:

  • Bunga sedap malam di tanam melalui umbi or ubi or bebawang.
  • Tidak suka sekiranya air bergenang kerana boleh menyebabkan ubinya membusuk dan rosak.
  • Tanam di tempat yang mendapat cahaya matahari penuh.
  • Bunganya mempunyai tangkai yang panjang. pastikan ada ada penyokong/staking ready bila dah berbunga.
  • Tanam berdekatan dengan tempat rehat, living room or even wash room untuk menikmati baunya.

 

Bunga sedap malam di Dusun Bandar amat lama baru berbunga.  Macam macam dah di lakukan untuk memastikan ianya berbunga dan akhirnya di simpulkan berikut adalah tips untuk menjadikan sedap malam ni berbunga :

  • Pastikan anda follow tips penanaman di atas.
  • Di dusun bandar ia mengambil masa sehingga 6 bulan baru berbunga.  so sabar menanti, mungkin pokok anda belum cukup matang.
  • Sekiranya anda tinggal di tanah rendah, Pastikan anda membeli di nurseri yang berdekatan.  Jangan beli di tanah tinggi seperti di Kundasang or Cameroon Highland.  Takut ianya tidak akan berbunga kerana perbezaan klimate.
  • Pada bulan yang ke-5 saya meletakkan baja Potash Organik.  Di beli dari Pn. Ainon (Jadual Jualan Gerai Pn. Ainon).  Sebulan selepas meletakkan baja Potash ni naiklah beberapa kuntum seperti dalam gambar di bawah ni.
Sedap Malam as of Dec 2016
Sedap Malam as of Dec 2016.  Kalau perhatikan ada 3 kuntum  lagi yang akan nak naik.

BIODATA Sedap Malam di Dusun Bandar.

  • Nama lain : Sundal Malam, Polianthes tuberosa, ratkirani, xinxiao
  • Tarikh Beli dan tanam : May, 2016
  • Lokasi Beli : Nursery Green Family, Bandar Bukit Mahkota.
  • Cara Membiak : Melalui ubi/bebawang.
  • Reason Menanam Bunga Sedap Malam.
    • Mengenali Bau Bunga yang sedap dan unik ketika bertugas di Jakarta.
    • Terpengaruh dengan Cerita Pontianak Harum Sundal Malam.
    • Bunga yang unik dan susah di tanam di kawasan rendah.
    • Bunganya tahan lama selepas di potong.  Bisa sampai seminggu.
  • Kegunaan dan Khasiat : So far tak pasti.  Hanya baunya yang harum dan setakat ni tiada pontianak kelihatan berdekatan pokok ni.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.

View all posts

2 comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pak Leman

Kelahiran Kampung anak pekebun salak yang kini mengaplikasi ilmu tani membangunkan Budaya Dusun Bandar.