Mulching adalah satu lapisan tambahan di atas tanah di sekitar Tanaman. Untuk Dusun Bandar, penulis memilih menggunakan stone mulching (Mulching Guna Batu). Gambar berikut menunjukkan kronologi pemasangan Stone Mulching.
Secara brief proses pemasangan Stone Mulching adalah seperti berikut;
-
Tanah di buang sedalam 2 inchi.
- Ini bermaksud, ketebalan lapisan batu nanti adalah 2 inchi. 2 inchi adalah ketebalan yang direkomendasikan untuk apa jenis mulching pun.
-
Pasang lapisan Geotextile (Brand Lutradur).
- Ini amat penting, Lapisan GeoTextile ini bertujuan sebagai Weed Barrier (Penghalang Pertumbuhan Rumput)
- Geotextile ini juga berfungsi sebagai lapisan pemisah antara batu dan tanah. So tanah nanti tidak akan menenggelamkan batu tersebut.
- Tuang dengan batu Graded Stone 3/4″”. Ini beli dekat kedai construction. Kalau ada budget lebih boleh beli Graded stone yang berwarna. Yg penulis pakai batu jalan raya je.
- Kokopet mulch hanya di gunakan di dalam pasu hitam tu je. Kerana nak pastikan air masuk dan baja masuk terus ke akar.
BTW, Beberapa jenis material untuk mulching, antaranya batu, serpihan kayu, Daun2 kering, plastik, potongan rumput. Kenapa penulis memilih stone mulching?
Kebaikan2 Stone Mulching ;
- Batu tidak hancur dan bertahan lama berbanding mulching menggunakan bahan organik.
-
Batu berat dan tidak mudah di tiup angin.
- So nanti bila daun2, jatuh ke atas batu, boleh je di sapu atau di blow dengan blower.
-
Batu punya nilai estatika yang cantik, boleh pilih color dan jenis (Kalau ada modal lebih)
- Antara pilihan, batu merah, batu puthih sungai, batu merah gunung berapi (wishlist), batu hitam, batu kelikil …
-
Batu mengalirkan iar dengan baik.
- Kalau anda perhatikan kat gambar atas tu, pemaju membina parit betul2 kat tepi dinding. so penulis design ‘French Drain” dan bila dah cover semua dengan batu tak nampak la parit tu.
- Yang paling utama, tak perlu nak cabut rumput
- And Kucing pun tak de selera nak melepas kat situ.
Namun begitu ada beberapa kelemahan Stone Mulching ni,
- Stone Mulching tidak memberikan apa apa benefit organik atau baja.
-
Susah nak baja menggunakan baja organik sebab ada lapisan geotextile
- Sebab tu penulis meletakkan pasu open bottom pada pokok untuk memberikan ruang pengairan dan pembajaan. Di situ diletakkan cocopeat (Serbuk Sabut Kelapa Hancur) sebagai mulching.
- Btw, Geotextile yang di gunakan adalah jenis unwoven type yang TIDAK kalis air. so air sebenarnya boleh meresap masuk melaluinya.
-
Stone Mulching susah nak tukar.
- Consider permanent je lah.
- Paling Bahaya adalah, kalau anda membuat stone mulching tanpa meletakkan Weed barrier or geotextile di bawahnya. Lama kelamaan tanah akan naik dan batu tenggelam oleh tanah, rumput mula tumbuh dan ketika itu susah dah nak perbetul.
- Ada yg kata stone mulching ni Panas…
Add comment